Silakan tegur RUU PSB namun jangan tunggang Islam dan Melayu – PMX

PUTRAJAYA – Pembangkang diingatkan supaya menggunakan ruang kebebasan bersuara dengan sebaik mungkin, bukannya menjadikan keterbukaan kerajaan sebagai tiket untuk menyebarkan fitnah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa komited bagi memastikan mana-mana pihak, khususnya pembangkang menikmati kebebasan dalam menjadikan himpunan sebagai medium dalam menegur kerajaan persekutuan.

Menurutnya, pemimpin pihak lawan tidak seharusnya menunggang sentimen agama dan kaum untuk mencapai hasrat politik dan seharusnya dijadikan sebagai batu sempadan apabila memberikan pandangan dan pendapat mengenai sesuatu perkara.

“Kita (Kerajaan Madani) beri perhimpunan ini bebas, tiada banyak syarat namun beri bantuan kepada pihak polis dalam mengawal keselamatan di samping isu biarlah munasabah. Isu pembangunan bandar (Akta Pembaharuan Semula Bandar) kita nak tolong pengundi miskin (yang) majoriti Melayu. Jadi kawasan itu kita mahu bangunkan semula.

“Ini nak bantah sebab apa, (pembangkang) kata ini hak Melayu. Sejak bila kamu perjuangkan, bila kamu memerintah dahulu tiada pun usaha membangunkan kawasan orang miskin, flat-flat lama termasuk orang Melayu di bandar. Kita nak usaha (menaik taraf kehidupan orang miskin).

“Sehubungan itu, saya nak beri ingatan, jangan gunakan kebebasan ini untuk menipu dan memfitnah, apatalah lagi atas nama Islam dan Melayu,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Peletakan Logo Singgah Madani di Restoran Nasi Kandar Liga Maju, di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, pemuda Pas merancang untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang bakal dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohd Hafez Sabri menegaskan,  bahawa usaha ini adalah demi memastikan suara rakyat didengar dan hak mereka dipertahankan.

 Katanya, himpunan besar-besaran yang dirancang itu akan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan lain bagi memperjuangkan hak rakyat serta memastikan kerajaan tidak meneruskan dasar yang boleh mengancam demografi bangsa dan masa depan generasi akan datang.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, permainan politik yang menggunakan Islam dan Melayu sebagai senjata politik dalam menggagalkan usaha kerajaan dalam menggubal RUU PSB membuktikan pembangkang memiliki penyakit hasad dengki selain tidak senang duduk dengan tindakan Kerajaan Madani dalam membangunkan negara.

“Sebenarnya kamu hanya hasad dengki, penyakit ini yang tidak boleh tengok orang senang dan tidak boleh melihat projek-projek yang membawa impak baik kepada masyarakat. Dia (pembangkang) tidak pernah pergi (turun padang melawat) belah Kampung Kerinchi, Flat Seri Perlis dan sebagainya.

“Itu terlalu daif dan saya tak mahu umpamanya dengan seluruh pembangunan sekarang, kita ketepikan atau sisihkan kedudukan orang miskin. Ini tanggungjawab kita gunakan undang-undang ini untuk menekan dalam melaksana pembangunan semula,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James