Pas melampau guna sentimen agama, kaum gagalkan Akta PSB

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) khususnya Pas bersikap terdesak apabila sanggup memainkan isu perkauman dan agama sebagai senjata politik dalam menggagalkan usaha kerajaan dalam menggubal Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Chua Wei Kiat berkata, ini membuktikan pembangkang tidak mahu melihat rakyat Malaysia menikmati taraf hidup yang lebih baik kerana takut kehilangan modal politik.

Menurutnya, apa sahaja dasar atau cadangan yang membawa manfaat kepada rakyat pasti akan diputarbelitkan oleh pihak demi kepentingan politik sempit

“Hakikatnya, setiap rang undang-undang yang dibawa ke Parlimen melalui proses penelitian yang ketat yang melibatkan kementerian berkaitan, kelulusan Jemaah Menteri, semakan oleh Pejabat Peguam Negara, dan akhirnya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum diwartakan sebagai undang-undang.

“Pas tidak menggunakan fakta tersebut kepada rakyat sebaliknya mendakwa penggubalan akta ini dibuat tergesa-gesa kerana ingin membibitkan kebencian dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.

“Bagaimanapun, Pas tidak akan mendedahkan fakta ini kepada rakyat kerana ia bertentangan dengan naratif politik mereka yang hanya mahu mencetuskan kebencian dan perpecahan,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang mengecam tindakan Pas yang ingin menganjurkan demo dan terus memainkan politik murahan dengan menentang PSB.

“Jika Pas benar-benar mahu membela rakyat, mereka sepatutnya mengemukakan cadangan penyelesaian yang lebih baik, bukannya hanya turun ke jalanan untuk mencipta ketegangan dan memperbodohkan rakyat dengan sentimen tidak berasas.

“Demonstrasi ini bukanlah demi rakyat, tetapi semata-mata untuk mengekalkan modal politik Pas yang bergantung kepada hasutan dan fitnah,” katanya.

Semalam dilaporkan, Pemuda Pas merancang mengadakan perhimpunan bagi membantah cadangan kerajaan memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) PSB yang didakwa boleh mengancam hak pemilik hartanah terutamanya penduduk bandar yang kurang berkemampuan.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohd Hafez Sabri menyifatkan RUU tersebut sebagai satu bentuk penjajahan moden yang bakal mengusir penduduk bandar dari tanah mereka, seakan-akan strategi yang pernah digunakan terhadap rakyat Palestin.

Kerajaan bercadang membentangkan RUU PSB pada Jun atau Julai tahun ini.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP