Saliran sumbat, tumbuhan liar ganggu penduduk Bandar Ramai-Ramai, Sandakan

SANDAKAN – Masalah saliran pembentungan yang tersumbat dan tumbuhan liar yang menjalar di sekitar bangunan berhampiran sebuah hotel di sini menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk Bandar Ramai-Ramai, Sandakan. 

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, beliau menerima aduan daripada seorang penduduk Jalan Leila mengenai isu saliran yang tersumbat dan pertumbuhan tumbuhan liar yang mencemari kawasan tersebut.

“Setelah menerima aduan ini, saya telah mengarahkan Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting, Ku Nazlee Awang Anak dan Pemaju Mukim, Nigel Cole Pagrios untuk membuat tinjauan di kawasan terbabit.

“Hasil tinjauan mendapati saliran peparitan dan pembentungan di kawasan tersebut tersumbat dengan sampah yang menimbulkan masalah kepada aliran air.

“Selain itu, pengadu juga mengadu tentang masalah lampu jalan yang tidak berfungsi,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Oleh itu, pihak UPPM Karamunting akan segera mengajukan perkara ini kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) melalui surat rasmi agar tindakan segera menangani masalah ini agar ia dapat diselesaikan.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara