Pendaki warga British meninggal dunia di Gunung Kinabalu

RANAU – Seorang pendaki lelaki warga British meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri semasa menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini, pada Selasa.

Pendaki yang berusia 74 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebaik tiba di Timpohon Gate pukul 5.08 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.17 pagi.

Katanya, seramai lima pegawai dan anggota termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung (MoSar) serta malim gunung dan anggota ParkSar dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebelumnya, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri di Kilometer 8.2 selepas Checkpoint Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu.

“Anggota MoSar bersama ParkSar dan Malim Gunung kemudian bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum mengangkatnya ke Panalaban Hut.

“Mangsa seterusnya dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung Robertson Stretcher, sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, pada Selasa.

Menurut Ridwan, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Setelah pihak bomba memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada pukul 5.10 petang,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula