BPT kembali di pasaran, rakyat gembira – MB Perlis

PADANG BESAR – Kerajaan negeri Perlis menyambut baik langkah kerajaan Persekutuan mengembalikan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi bermula Mac ini bagi meringankan beban rakyat negara ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli secara terbuka turut memuji langkah kerajaan Pusat mengembalikan BPT dan menyifatkan ia adalah berita gembira buat rakyat.

“Usaha kerajaan (Persekutuan) mengembalikan semula beras tempatan pada harga RM26 untuk 10 kilogram atau RM2.60 sekilogram adalah langkah gembira buat rakyat.

“Sebelum ini, kita hilang beras tempatan (dalam pasaran) dan kerajaan kini mengembalikan semula (beras tempatan). Kita sambut baik langkah ini,” katanya ringkas kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran kuih raya berasaskan mangga harum manis di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Beseri dekat sini.

Terdahulu, The Malaysia Press melaporkan orang ramai boleh mula mendapatkan BPT bersubsidi pada harga RM26 bagi 10kg bermula 1 Mac ini.

Bekalan beras itu akan berada di pasaran sedia ada di seluruh Semenanjung dan turut dipasarkan di Program Jualan Rahmah Madani.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, sebanyak 24 juta kampit beras akan berada di pasaran Semenanjung dalam tempoh enam bulan bermula Mac ini.

Beliau berkata, pembelian beras berkenaan bagaimanapun dihadkan kepada dua kampit sahaja dengan menggunakan pelbagai jenama pada harga subsidi RM26

Barangan keperluan harian itu diharap dapat memanfaatkan oleh 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin di negara ini termasuk 77,000 KIR miskin tegar,” katanya kepada media, hari ini.

Katanya, mengikut data sedia ada, dianggarkan kira-kira 400,000 KIR memerlukan dan bergantung kepada bekalan BPT itu.

Buat masa ini, tiada keperluan untuk keluarkan satu jenama khusus bagi BPT bersubsidi itu, sebaliknya ia akan dikenali dengan pelbagai jenama.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti