Wartakan tiga kategori sekolah sebagai  dasar baharu pendidikan negara

PUTRAJAYA – Pendekatan pembahagian sekolah kepada tiga kategori, iaitu Sekolah Fokus, Sekolah Aspirasi dan Sekolah Inspirasi merupakan pendekatan yang baik, namun wajar diwartakan sebagai dasar baharu pendidikan negara.

Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, ia perlu kekal sebagai polisi kerajaan walaupun berlaku pertukaran Menteri Pendidikan agar pendekatan itu mampu menjadi usaha dalam memperkasa sistem pendidikan.

Menurutnya, langkah itu dapat memastikan pihak pengurusan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat mengetahui secara khusus sekolah mana yang perlu diberi perhatian khusus dalam mendapat bantuan.

“Sepatutnya ini adalah untuk urusan dalaman kementerian. Tetapi bila sudah diumumkan kepada awam, kementerian harus bersedia mengambil tanggungjawab untuk memberikan penjelasan dan komitmen penuh.

“Bentangkan kepada rakyat secara terbuka, apa kriteria yang digunakan untuk digredkan sekolah fokus, aspirasi dan sekolah inspirasi. Biar ibu bapa faham mengapa sekolah anak-anak mereka berada dalam kategori tersebut,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Dalam pada itu, Anuar berpandangan, pelbagai pihak khususnya ibu bapa harus diberi penerangan secara holistik kaedah serta syarat-syarat membolehkan sekolah dinaik taraf ke kategori yang lebih baik selain keperluan diberi peruntukan khusus.

“Misalnya, dimaklumkan pada ibubapa bahawa sekolah anak-anak mereka sekarang adalah gred sekolah fokus, dalam masa setahun sekolah anak-anak mereka akan dipastikan naik menjadi sekolah aspirasi dengan peruntukan RM5 juta.

“Itulah komitmen. Barulah ibu bapa akan berikan kepercayaan. Bila berjaya dicapai dalam setahun, barulah ibu bapa mahupun penjaga akan percaya pada usaha kementerian. Kalau mahu jayakan konsep Sekolah Fokus, Sekolah Aspirasi dan Sekolah Inspirasi, mesti ada kayu ukur pencapaian. Ubah budaya kerja supaya lebih sistematik,” katanya.

Mengulas lanjut, Anuar menjelaskan, KPM perlu mengambil kira keluhan, desakan dan kritikan berterusan terutamanya daripada ibu bapa dalam menambah baik sistem pembahagian kategori sekolah.

“Janganlah seperti amalan dulu, meriah setakat umum berbagai slogan, akhirnya senyap. Apa jadi pada ‘Sekolahku Sejahtera’ dan berbagai lagi slogan lain. Meriah pelancaran dengan lagu tema. Sekarang kita tak dengar dah.

“Jadi jangan kecil hati kalau ibu bapa kritik dan ‘hentam’ kementerian. Telinga mereka dah tepu mendengar janji dan slogan yang tidak kesampaian. Sebenarnya rakyat sudah masak dengan pengalaman ‘slogan’ sebegini. ‘Slogan’ ini bukanlah perkara  yang baru.

“Sebelum ini kita juga telah diperkenalkan dengan slogan sekolah ‘Kluster Kecemerlangan’, ‘Sekolah Berprestasi Tinggi’, “Sekolah Projek Khas’  dan sebagainya. Diharapkan jangan seperti peribahasa mat saleh ‘old wine in a new bottle’ sahaja. Tukar slogan, isinya sama. Akhirnya sepi,” katanya.

Kelmarin, KPM memaklumkan akan membahagi sekolah kepada tiga kategori, iaitu Sekolah Fokus, Sekolah Aspirasi dan Sekolah Inspirasi dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan negara.

Sekolah Fokus ialah sekolah yang muridnya memerlukan banyak tumpuan guru, perhatian daripada pentadbiran dan sokongan penuh bagi meningkatkan prestasi.

Sekolah Aspirasi adalah sekolah yang mempunyai prestasi baik tetapi pencapaian murid berada pada tahap statik dan memerlukan sokongan guru atau kepemimpinan serta sentuhan reformasi, di mana pembaharuan perlu dilaksana bagi memastikan prestasi sekolah itu terus meningkat.

Sekolah Inspirasi pula ialah sekolah yang mencatat kecemerlangan pencapaian akademik secara konsisten, memiliki kebitaraan dan kepimpinan yang baik, serta boleh dijadikan sekolah teladan atau sekolah contoh.

Related Posts

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menyelesaikan siasatan dalaman berhubung pemergian seorang pelajar di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tafsir Perlembagaan berasaskan fakta, bukan kepentingan – Shamrahayu

Tafsir Perlembagaan berasaskan fakta, bukan kepentingan – Shamrahayu

Rasuah bukan isu kaum, bukti mesti mengatasi persepsi

Rasuah bukan isu kaum, bukti mesti mengatasi persepsi

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Hadi perlu lihat kerangka demokrasi Malaysia berbeza dengan zaman Madinah

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius