Malaysia, Perancis sepakat kukuh kerjasama pelbagai bidang

MALAYSIA dan Perancis telah bersepakat untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara kerjasama yang dibincangkan adalah bidang pertahanan, ekonomi dan tenaga, selain perdagangan, pelaburan, pelancongan dan juga kecerdasan buatan (AI).

Anwar berkata, perkara ini dibincangkan semasa perbualan telefon pada Jumaat dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang turut membincangkan perkembangan berpunca daripada pertemuan mereka semasa Sidang Kemuncak G20 di Rio De Janeiro, Brazil pada 19 November depan.

“Saya turut menyatakan penghargaan kepada Macron di atas sokongan diberikan terhadap pembangunan semula Gaza ekoran kekejaman rejim zionis Israel sebelum ini,” katanya dalam Facebooknya di sini, pada Jumaat.

Beliau memaklumkan menerusi perbualan itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu Myanmar dan bersepakat mencari jalan penyelesaian secara diplomatik demi mewujudkan keamanan di negara tersebut.

Selain itu, Anwar turut menyatakan kesediaan dan keterbukaan kerajaan Malaysia untuk menerima kehadiran Macron serta delegasinya ke Malaysia pada Mei ini untuk memperkukuh lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Dalam kesempatan yang ada, saya turut menyatakan kesediaan kerajaan menerima kehadiran Macron dan delegasi ke Malaysia Mei ini dalam usaha meningkatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu