Demonstrasi Indonesia Gelap desak reformasi pentadbiran Prabowo

BADAN eksekutif mahasiswa Indonesia (BEM SI) dari pelbagai universiti Indonesia melancarkan demonstrasi Indonesia Gelap, Isnin lalu dalam menuntut akauntabiliti terhadap beberapa dasar kerajaan pimpinan Presiden Prabowo Subianto yang didakwa tidak prorakyat.

Ribuan pelajar mengadakan protes itu di seluruh Indonesia sebagai tanda bantahan terhadap pemotongan bajet, selain dasar yang dibawa oleh kerajaan didakwa mampu merosakkan sistem sokongan sosial dan generasi masa depan rakyat negara terbabit.

Sebelum berarak di jalan-jalan utama, kumpulan penuntut itu turut bergabung dengan Indonesia Corruption Watch (ICW) dan Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia (YLBHI).

Setakat semalam, tunjuk perasaan tersebut bukan sahaja tercetus di Jakarta, khususnya di sekitar kawasan Padang Kuda, Jakarta Tengah, namun telah merebak di beberapa provinsi termasuk Palembang, Medan, Yogyakarta, Bandung, Lampung, Surabaya, Malang, Samarinda, Banjarmasin, Aceh dan Bali.

Malah, demonstrasi itu turut meraih perhatian di media sosial sehingga tercetusnya hastag #IndonesiaGelap sehingga telah digunakan hampir 40,000 kali oleh pengguna di platform X.

Menurut Koordinator Perhubungan Masyarakat Universitas Pembangunan Nasional Veteran Jakarta (UPNVJ), Bagas Wisnu, tunjuk perasaan itu mengemukakan 13 tuntutan terhadap kerajaan persekutuan dalam memberi keadilan kepada masyarakat awam.

Jelasnya, keperluan buat kerajaan Indonesia melaksana dasar pendidikan percuma secara holistik serta sistematik selain pemotongan belanjawan terhadap pendidikan perlu ditarik semula, susulan memberi kesan negatif terhadap generasi anak muda.

“Kerajaan membatalkan projek strategik negara yang didakwa bermasalah. Ia bertujuan memberi ruang merealisasikan rombakan sistem pemilikan dan penguasaan tanah supaya lebih seimbang serta benar-benar dilaksanakan.

“Tiada keperluan Undang-Undang Minerba dilaksana berikutan akan menjadi ‘alat’ bagi menghalang kebebasan bersuara ahli akademik dan juga membataskan kuasa tentera dalam mengawal sektor awam,” katanya.

Mengulas lanjut, Bagas berpandangan draf Undang-Undang Orang Asli perlu diluluskan segera  bagi melindungi tanah dan budaya kaum minoriti itu serta perlunya program makanan khasiat secara percuma dikaji semula.

“Peruntukan elaun prestasi pensyarah harus direalisasikan segera. Prabowo juga perlu mengeluarkan peraturan kerajaan bagi menggantikan Undang-Undang Perampasan Aset bagi membanteras jenayah ekonomi dan rasuah.

“BEM SI menolak pindaan Undang-Undang Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Republik Indonesia (Polri) dan badan kehakiman berikutan ia dilihat memberi kekebalan lebih besar kepada tiga institusi terbabit. Justeru, kita menggesa rombakan Kabinet dilakukan secara holisitik kerana wujudnya pegawai yang tidak bertanggungjawab dan bermasalah.

“Tuntutan terakhir adalah kita mendesak kerajaan melaksana reformasi Kepolisian Republik Indonesia secara menyeluruh dengan menghapuskan budaya penindasan dan meningkatkan profesionalisme,” katanya.

Related Posts

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

NEW DELHI – Hubungan Malaysia-Rusia diperkukuh dengan beberapa kerjasama bagi merancakkan sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Rusia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian setelah pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan