Peluang berucap di IIDC pengiktirafan kepada Malaysia

PUTRAJAYA – Ruang diberikan untuk berucap di hadapan lebih 400 ulama dan cendekiawan Islam pada Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC) menjadi satu penghormatan terbesar kepada Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjadi satu-satunya ketua kerajaan berucap pada persidangan berkenaan, Perdana Menteri berkata, ia menjadi bukti dan penghargaan terhadap usaha memartabatkan Islam yang dilakukan Kerajaan Madani.

“Raja Bahrain (Sheikh Hamad Isa Al Khalifa) dan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif (Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb) memberi peluang (kepada saya) hadir dan memberi ucaptama pada persidangan IIDC.

“Persidangan ini mengundang semua tokoh Islam utama dunia dan dari semua mazhab, aliran untuk bermuafakat mengelakkan dari perseteruan dan ketegangan, menerima kenyataan bahawa ada beberapa hal yang kita berbeza pendapat, sama ada dalam bidang teologi atau amalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan rasmi di Bahrain atas jemputan Putera Mahkota Sheikh Salman Hamad Al Khalifa.

Semalam, Anwar ketika menyampaikan ucapan pada IIDC menegaskan semua ulama dan cendekiawan Islam bersatu dan menangani isu perpecahan mazhab dengan mengambil langkah tegas menyokong Palestin dan Syria.

Beliau turut menegaskan eksploitasi perbezaan dan perpecahan mazhab hanya melemahkan perpaduan politik serta menghalang kerjasama yang diperlukan dalam kalangan negara Islam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau mendukung semangat kesatuan serta mengelak daripada permusuhan.

“Jangan kita mendabik dada, kononnya kita seorang yang benar, yang lain mahu dikafirkan, munafik, diperlecehkan, (sebaliknya kesatuan) ini gesaan semua ulama dunia.

“Jadi ini satu peringatan kepada semua umat Islam khususnya kita di Malaysia, jadi teladan yang baik, bawa semangat kesatuan. Boleh berbeza pendapat, tapi jangan membawa kepada permusuhan,” katanya.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

GOPENG – Penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka peluang lebih luas kepada negara untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara anggota blok berkenaan yang mewakili lebih separuh daripada populasi dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK