Calon PN di Nenggiri baru dua hari masuk Bersatu

GUA MUSANG – Calon Bersatu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail, dikatakan baru menyertai parti itu dua hari sebelum diumumkan sebagai calon, petang semalam.

Pemilihan Mohd Rizwadi yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang dikatakan dibuat pada saat akhir berbanding dua nama yang disebut-sebut sebelum ini membabitkan Sheikh Razali Hamad dan Sun Najaman Muhamad.

Sumber berkata, keputusan itu juga dibuat selepas perbincangan di antara pimpinan Perikatan Nasional (PN) menemui jalan buntu selain bimbang berlaku boikot dalam kalangan jentera apabila mengekalkan calon daripada Bersatu.

“Disebabkan itu, pimpinan memilih dan meminta Mohd Rizwadi menyertai Bersatu dan penyertaan Mohd Rizwadi masih baharu iaitu dua hari sebelum pengumuman dibuat semalam.

“Jika pada mata orang luar seolah-olah calon Pas yang bertanding dan Bersatu hanya dipergunakan, namun kami sebagai Bersatu mengatakan dia tetap wakil parti memandangkan sudah mengisi borang dan menyertai parti kami.

“Namun, kita juga tidak menolak kemungkinan ada juga dalam kalangan kami yang kurang berpuas hati, namun ia tidaklah membabitkan kelompok besar,” katanya seperti dipetik dari Berita Harian.

Semalam, Mohd Rizwadi yang juga pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diumum sebagai calon PRK DUN Nenggiri.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pemilihan Mohd Rizwadi berusia 41 tahun dan berasal dari Kampung Bertam Baru itu dipilih memandangkan faktor usia yang muda selain pengundi di DUN berkenaan majoriti pengundi muda.

Related Posts

Pengesahan umur jadi benteng ampuh lumpuhkan anonimiti penjenayah siber

PUTRAJAYA – Sekatan akses platform media sosial kepada individu di bawah usia 16 tahun disifatkan sebagai ‘benteng digital’ paling ampuh bagi melumpuhkan ruang gerak pemangsa siber di negara ini. Langkah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan maaf Nik Zawawi tidak ikhlas – Mahfuz

AMANAH menyifatkan permohonan maaf oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh, semalam sebagai tidak ikhlas dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rahsia harmoni silang budaya di sebalik Istana Melayu Kalimantan Barat

Rahsia harmoni silang budaya di sebalik Istana Melayu Kalimantan Barat

Pembangunan semula FELDA Bukit Goh sedang diteliti

Pembangunan semula FELDA Bukit Goh sedang diteliti

Pengesahan umur jadi benteng ampuh lumpuhkan anonimiti penjenayah siber

Pengesahan umur jadi benteng ampuh lumpuhkan anonimiti penjenayah siber

Hubungan bersejarah Sarawak, Sambas terus terjalin melalui pemeliharaan warisan bersama

Hubungan bersejarah Sarawak, Sambas terus terjalin melalui pemeliharaan warisan bersama

JKR Sarawak nafi gambar tular Jambatan Batang Lupar 1

JKR Sarawak nafi gambar tular Jambatan Batang Lupar 1

Kerajaan, syarikat e-hailing bincang kerjasama rancakkan pelancongan Miri

Kerajaan, syarikat e-hailing bincang kerjasama rancakkan pelancongan Miri