Daya saing negara perlu diperkasakan

PUTRAJAYA – Sasaran Ekonomi Madani untuk mengukuhkan daya saing negara di tangga ke-12 teratas di dunia merupakan satu cabaran besar kepada Malaysia.

Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, ketika ini Amerika Syarikat berada di tangga ke-12 di dunia manakala kedudukan pertama adalah Singapura.

Menurutnya, daya saing negara adalah antara faktor utama penentu kejayaan Malaysia untuk menjadi destinasi pilihan pelabur, global (Foreign Direct Investment-FDI) dan juga domestik (Domestic Direct Investment-DDI).

“Negara maju umumnya mempunyai tahap daya saing yang tinggi. Sasaran Ekonomi Madani bukan sesuatu yang mustahil memandangkan Malaysia pernah berada di tangga ke-12 pada 2014.

“Bagaimanapun, dalam tempoh 10 tahun daya saing kita telah jatuh merudum, terkini di tangga ke-34. Amat merisaukan dan jelas menuntut tindakan segera yang lebih agresif serta bersungguh-sungguh,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Azlan berpandangan, terdapat keperluan kerajaan menubuhkan pasukan (task force) yang khusus bagi menilai, menyusun strategi, melaksana, memantau dan melapor secara berterusan.

“Pada masa sama, semua kita, kerajaan, perniagaan serta masyarakat mempunyai peranan untuk meningkatkan daya saing negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Azlan berkata, antara empat kategori daya saing, hanya segmen prestasi ekonomi yang masih bertahan iaitu di kedudukan kelapan.

Beliau yang juga Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) menegaskan, tiga kategori yang lain iaitu kecekapan kerajaan, perniagaan dan infrastruktur termasuk pendidikan masing-masing berada di tangga ke-33, 40 dan 35.

“Semuanya jatuh secara berterusan, tidak boleh dibiar jatuh lagi. Berbanding tahun 2014, 17 dari 20 sub-petunjuk daya saing telah jatuh, 13 dari sub-petunjuk ini kini berada lebih rendah dari tangga ke-30.

“Tiga terendah ialah pendidikan, perundangan perniagaan serta produktiviti dan kecekapan. Sasaran Ekonomi Madani untuk menjadikan Malaysia di kedudukan 12 teratas di dunia adalah sangat penting untuk Malaysia muncul sebagai jaguh Asia,” katanya.

Noor Azlan berkata, status yang dilaporkan itu bukanlah rumusan untuk Ekonomi Madani, namun pelbagai pihak terlibat perlu menerima secara terbuka kelemahan yang berlaku dan menjadikan ia sebagai desakan untuk kita lebih agresif, berfokus dan komited terhadap ekonomi negara.

“Kita masih ada sembilan tahun lagi. Kedudukan daya saing negara yang membimbangkan ini menuntut kita segera bertindak bagi menjayakan Ekonomi Madani, ini misi negara.

“Hakikatnya, ini adalah peluang untuk kita semua bangun dengan pantas. Baki sembilan tahun cukup untuk Malaysia kembali ke tangga ke 12 di dunia dengan syarat, kita bertindak bermula hari ini. Bersama kita jayakan Ekonomi Madani,” katanya.

Related Posts

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

KONSENSUS MADANI bukan sekadar konsep politik semasa, sebaliknya merupakan satu agenda besar untuk membangunkan Malaysia yang lebih adil dan inklusif, demikian tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

PUTRAJAYA – Semua pihak diminta menghentikan segera sebarang polemik atau percubaan untuk mempolitikkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM