Pembangunan semula FELDA Bukit Goh sedang diteliti

KUANTAN – Pahang melalui Jawatankuasa Khas Penyelarasan Cadangan Pembangunan Kawasan FELDA Bukit Goh sedang meneliti beberapa cadangan syarikat kontraktor bagi memulih dan membangunkan semula kawasan itu yang terjejas akibat perlombongan bauksit lebih 10 tahun lalu.

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri, Datuk Amizar Abu Adam berkata, kerajaan negeri dan FELDA menerima beberapa cadangan antaranya projek pembangunan bercampur (perumahan), tanam semula, projek ladang solar dan sebagainya.

Menurutnya, beberapa syarikat kontraktor telah dipanggil membentangkan cadangan masing-masing kepada jawatan kuasa yang dilantik.

“Baki pembentangan akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebelum jawatankuasa berkenaan memutuskan keputusan untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

“Namun begitu, kepentingan kebajikan dan pulangan kepada peneroka menjadi keutamaan kerajaan negeri selain menjaga hak negeri dan FELDA bersama,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung hala tuju kerajaan negeri membantu nasib peneroka FELDA Bukit Goh yang terjejas dikemukakan Mohamad Ayub Mat Ashri (Pas- Sungai Lembing) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Amizar berkata, sejak moratorium dilaksanakan pada 2016, kawasan ladang kelapa sawit di FELDA Bukit Goh terbiar tanpa usaha pemulihan tanah yang berkesan.

“Ramai peneroka kehilangan punca pendapatan kerana tanah mereka tidak lagi sesuai untuk pertanian dan aktiviti perlombongan (bauksit) pula tidak dibenarkan bersambung semula secara meluas.

“Kerajaan negeri juga telah melantik beberapa agensi untuk turut serta menilai hasil bauksit di Bukit Goh sebenarnya,” ujarnya.

Beliau berkata, penilaian itu bagi melihat berapa hasil yang boleh dikeluarkan dan berapa untuk dikembalikan semula kepada peneroka.

“Ini yang telah pun kita beri jaminan agar peneroka-peneroka dapat bekerjasama dan untuk makluman, salah satu isu yang perlu kita hadapi ada antara peneroka ini telah mendahului maksudnya membuat perjanjian dengan pihak tertentu.

“Sepatutnya sewaktu itu kita telah pun beritahu kepada peneroka supaya bersabar sedikit untuk kita berikan kata putus hala tuju yang sebenarnya,” katanya.

Related Posts

AKPS: KPPIS sambut baik keputusan Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Kesatuan Perkhidmatan Pegawai Imigresen Sabah (KPPIS) menyambut baik keputusan tegas Kerajaan Negeri Sabah menangguhkan pelaksanaan dasar dan operasi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di bawah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesaikan kes curi motosikal, suspek positif dadah ditahan

SARATOK – Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok berjaya menyelesaikan satu kes kecurian motosikal selepas menahan seorang lelaki tempatan dalam serbuan di Kampung Sungai Endot, Kabong, semalam. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AKPS: KPPIS sambut baik keputusan Kerajaan Negeri Sabah

AKPS: KPPIS sambut baik keputusan Kerajaan Negeri Sabah

Pemerkasaan proses sulh bantu kurangkan kelewatan kes Mahkamah Syariah

Pemerkasaan proses sulh bantu kurangkan kelewatan kes Mahkamah Syariah

MTEN tidak bincang pengurangan kuota BUDI95

MTEN tidak bincang pengurangan kuota BUDI95

Polis selesaikan kes curi motosikal, suspek positif dadah ditahan

Polis selesaikan kes curi motosikal, suspek positif dadah ditahan

Lelaki ditahan bersama ketamin dan cecair ganja di Jalan Song

Lelaki ditahan bersama ketamin dan cecair ganja di Jalan Song

Rahsia harmoni silang budaya di sebalik Istana Melayu Kalimantan Barat

Rahsia harmoni silang budaya di sebalik Istana Melayu Kalimantan Barat