
KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang melaksanakan latihan Air Mobility Tactical Operation (AMTOP) 2025 di sekitar Kota Belud dan Tawau, Sabah serta Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.
Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, melalui Markas Wilayah Udara 2 (MAUWILUD 2) latihan itu dilaksanakan bermula 17 hingga 25 Februari depan.
“Dalam latihan tersebut, pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal dan pengguguran udara.
“Selain itu, penglibatan Pasukan Khas TUDM (PASKAU) bagi tujuan meningkatkan tahap kompetensi dan kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan operasi.
“Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat TUDM melakukan penerbangan taktikal sepanjang latihan ini berlangsung,” kata kenyataan itu pada Selasa.




