RM79.5 juta peruntukan bantuan pendidikan tahun ini – Arifin

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah meluluskan tambahan peruntukan RM35.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM79.5 juta bagi peruntukan bantuan pendidikan pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, langkah ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan pendidikan yang menyeluruh dan inklusif.

“Anak-anak Sabah mesti dibangunkan keupayaan bagi menjamin keadaan yang kondusif.

“Pendidikan adalah kunci kepada transformasi sosial dan ekonomi yang lestari,” katanya ketika berucap menyampaikan Amanat Menteri 2025 di Sabah International Convention Centre (SICC), pada Selasa.

Menurut Arifin, bantuan pendidikan telah dirancang untuk rakyat Sabah merangkumi pelbagai skim selain sokongan dalam bentuk kewangan.

Antara bantuan berkenaan termasuklah Peruntukan Bantuan Tunai Pendaftaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) (BUDI) yang meningkat kepada RM20 juta pada tahun ini dan memberi manfaat kepada 10,000 pelajar B40 dan M40.

“Selain itu, inisiatif Subsidi Tiket Penerbangan Graduan Rindu Sabah (GRS) menyediakan bantuan RM600 untuk pelajar Sabah di luar negeri serta RM300 melalui Sumbangan Mahasiswa Pendidikan Tinggi Dalam Sabah (Sentosa) bagi pelajar dalam negeri.

“Turut ditawarkan adalah Bantuan Sumbangan Kegiatan Sekolah (Sukses) yang menawarkan bantuan ‘one-off’ RM3,000 bagi setiap sekolah di Sabah untuk meningkatkan kemudahan pembelajaran,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Arifin turut menyerahkan Cek Curah Bantuan Pendidikan 2025 kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin.

“Cek itu adalah Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) berjumlah lebih RM5 juta kepada 628 buah sekolah di Sabah bagi pembelian alatan ICT dan digital serta Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) berjumlah RM3 juta kepada 1,500 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk melaksanakan program dan aktiviti PIBG di Sabah.

“Ini termasuk Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (Sukses) yang berjumlah RM4.5 juta kepada 1,500 buah sekolah di Sabah sebagai bantuan khusus untuk kegiatan, aktiviti dan program sekolah,” tambahnya.

Jelas Arifin, Kementeriannya komited memastikan akses pendidikan berkualiti bagi komuniti luar bandar dan golongan rentan melalui inisiatif strategiknya.

“Memastikan bahawa setiap anak Sabah, tidak kira di mana mereka berada, memiliki peluang yang sama untuk mencapai kejayaan,” ujarnya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti