Akhirnya jasad Nur Haidhar ditemukan di Sungai Padang Terap

PENDANG- Remaja lelaki 17 tahun yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Padang Terap, Chegar petang semalam akhirnya ditemukan mati lemas, hari ini.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, jasad Nur Haidhar Nasrul, 17, ditemukan jam 11.18 pagi tadi.

Beliau berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman pertama di lokasi pada jam 10.34 pagi dan selaman kedua pada jam 11.01 pagi.

“Selaman ketiga dilakukan sejurus selepas itu dan mangsa ditemukan pada jam 11.18 pagi pada jarak 10 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh di sungai berkenaan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan remaja lelaki itu dikhuatiri lemas petang semalam, bagaimanapun motosikal mangsa ditemui di sungai berkenaan ketika operasi pencarian dilakukan pada jam 7.16 malam tadi.

Related Posts

JKOM Sarawak, IKBN Miri jalin kerjasama strategik perkasa belia

MIRI – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sarawak dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri mengambil langkah proaktif memperkukuh kerjasama strategik bagi memperkasa golongan belia di wilayah ini. Inisiatif penganjuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bulan Kebangsaan peluang perkukuh perpaduan, pacu pembangunan negara

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menyeru seluruh rakyat Malaysia menjadikan sambutan Bulan Kebangsaan sebagai platform untuk menghayati semula makna kemerdekaan, memperkukuh perpaduan serta memperbaharui komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKOM Sarawak, IKBN Miri jalin kerjasama strategik perkasa belia

JKOM Sarawak, IKBN Miri jalin kerjasama strategik perkasa belia

Bulan Kebangsaan peluang perkukuh perpaduan, pacu pembangunan negara

Bulan Kebangsaan peluang perkukuh perpaduan, pacu pembangunan negara

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak