Kampung Pertanian Kulai alami pelbagai perubahan

KULAI – Hasrat menjadikan Kampung Pertanian di sini, sebagai sebuah desa yang lengkap dengan infrastruktur semakin menjadi kenyataan selepas beberapa pembaharuan dilakukan menerusi Program Santuni Madani – Satu Pemimpin, Satu Kampung.

Lokasi yang dipilih sebagai kampung angkat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa sebelum ini mulai mengalami beberapa penambahbaikan bertujuan meningkatkan aktiviti dalam komuniti berkenaan.

“Untuk membantu infrastruktur di Kampung Pertanian, saya sebelum ini telah minta bantuan Perbadanan Putrajaya untuk turun dan lihat keperluan bersesuaian yang boleh dibantu.

“Setelah beberapa siri libat urus diadakan, kita telah kenal pasti perkara yang perlu dilaksanakan dan ada antaranya yang telah selesai iaitu pemindahan taman permainan kanak-kanak dari Taman Empangan Putrajaya ke Dataran Mahkota dengan pelbagai kemudahan alatan permainan termasuk pemasangan lantai jenis getah yang sesuai di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program berkenaan di Dewan Serbaguna Kampung Pertanian, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kulai, Fizwan Datuk Mohd Rashidi; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai, Mohd Fahmi Salam; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern dan wakil Pejabat Ahli Parlimen Kulai, Syafiq Hatta.

Tambah Dr Zaliha, kampung angkat beliau itu turut menerima enam buah unit stesen kecergasan dan tujuh buah unit kerusi taman di sepanjang laluan pejalan kaki bersebelahan Sungai Skudai.

“Dalam masa sama, beberapa batang pokok manggis turut ditanam di sekitar Dataran Mahkota sebagai sebahagian usaha penghijauan kampung.

“Dan untuk hari ini, kita berjaya mengumpul sehingga 300 kilogram ikan bandar raya dengan kerjasama pakar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Ikan ini boleh merosakkan ekosistem sungai serta berupaya menyebabkan hakisan tebung sungai hingga menjejaskan biodiversiti tempatan. Justeru, ia akan dikompos untuk dijadikan sebagai baja.

“Selain itu, kita juga bawakan konsep kebun komuniti yang telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan, khususnya di Putrajaya di mana saya telah maklumkan kepada Pegawai Daerah sekiranya mahu ia dilaksanakan, kami akan bantu sediakan kepakaran,” katanya.

Tambah Dr Zaliha, Program Santuni Madani merupakan platform tepat dalam memastikan pelbagai masalah penduduk setempat dapat diselesaikan.

Beliau dalam pada itu menyeru semua penduduk Kampung Pertanian untuk terus bersama dalam usaha terbabit bagi memastikan program itu dapat menjadi model kejayaan yang boleh dicontohi oleh kampung-kampung lain di seluruh negara.

Terdahulu, seramai 300 penduduk kampung hadir memeriahkan acara berkenaan dengan pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, sukan rakyat, jualan Rahmah dan kaunter saringan kesihatan percuma.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

KUANTAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari lembu di Hutan Simpan Sementah, Lanchang, Temerloh, semalam, ditemukan selamat petang tadi. Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September