Cadangan kategori veteran untuk pertandingan tilawah, hafazan al-Quran dipertimbang

SANDAKAN – Cadangan bagi kategori veteran untuk pertandingan tilawah dan hafazan al-Quran bakal dipertimbangkan untuk masa akan datang.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Samad Jambri berkata, selain kategori dewasa dan remaja yang akan ditandingkan seperti biasa manakala kategori veteran akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa negeri.

“Berkenaan dengan kategori veteran, ini adalah kemungkinan besar kita panjangkan ke peringkat jawatankuasa peringkat negeri.

“Kita akan mempertimbangkan kategori ini lebih lanjut untuk memberi ruang kepada mereka yang lebih berpengalaman dalam tilawah,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Maklis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat bahagian Sandakan 1446H/2025M di Masjid Daerah Sandakan, di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, jika sambutan daripada seluruh daerah dan bahagian di Sandakan positif, penambahan kategori veteran dapat dipertimbangkan untuk mempertingkatkan lagi penganjuran acara tersebut pada masa akan datang.

“Jika mendapat sambutan yang baik, Insya-Allah kami akan teruskan dengan cadangan ini.

“Penambahan kategori veteran adalah salah satu cara untuk memberikan lebih banyak ruang dan peluang kepada mereka yang berpengalaman dalam bidang ini,” katanya.

Menurutnya, penganjuran tilawah al-Quran di bahagian Sandakan kali ini mencapai kejayaan besar.

Katanya, acara tersebut bukan sahaja mencerminkan semangat kesatuan di kalangan masyarakat Islam di daerah itu, tetapi juga menunjukkan komitmen mereka dalam melaksanakan program-program yang berlandaskan keamanan sosial.

“Ini memberikan gambaran bahawa masyarakat Islam di Sandakan sangat terlibat dan memberi sokongan penuh untuk memastikan tilawah dan hafazan al-Quran di sini menjadi antara yang terbaik di peringkat negeri,” ujarnya.

Related Posts

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

SANDAKAN – Cadangan menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sandakan dilihat tepat pada masanya bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan menjelang kempen Visit Sabah Year 2027. Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS