Polis tahan lelaki warga asing mengamuk di Tawau

TAWAU – Seorang lelaki warga asing yang didapati mengamuk di sebuah rumah di perkampungan Batu 3, Jalan Apas pada Rabu di sini berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada abang ipar suspek berumur 32 tahun kira-kira pukul 12.40 tengah malam.

“Abang ipar suspek menyatakan adik iparnya berumur 23 tahun itu bertindak agresif dan mengancam keselamatan ahli keluarganya.

“Sebelum itu, suspek turut bertindak mengamuk tanpa sebab dengan memecahkan peralatan di dalam rumah sehingga berlaku pergelutan antara mereka dalam usaha untuk menenangkan suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Jasmin, sepasukan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) kemudiannya dikerah ke lokasi untuk menahan suspek.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan suspek berada di bawah pengaruh bahan terlarang  dan akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat dengan menyebabkan kerosakan harta benda dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang