Empat seksyen laluan Lebuhraya Pan Borneo masih boleh dilalui

SERIAN – Empat sekysen laluan Lebuhraya Pan Borneo masih boleh dilalui walaupun terjejas akibat banjir.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, empat seksyen terjejas ialah Seksyen Serian, Seksyen Selangau, Seksyen Bakun dan Seksyen Pujut.

“Setakat ini, tiada kerosakan jalan dilaporkan. Bagaimanapun, saya meminta pihak (Jabatan Kerja Raya Sarawak) JKR Sarawak sentiasa memantau rapi perkembangan banjir di seluruh Sarawak,” ujar beliau.

Selain itu, Alexander memaklumkan tiada keperluan menutup jalan raya tersebut memandangkan ia masih selamat untuk dilalui oleh pengguna jalan raya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan bersama-sama JKR Sarawak di Seksyen Serian Lebuhraya Pan Borneo (LPB) yang terjejas akibat banjir pada Jumaat.

Sementara itu, Alexander memuji usaha JKR Sarawak sentiasa bertindak pantas menyampaikan maklumat kepada orang awam menerusi media sosial.

“Saya difahamkan kawasan di Sipan Temalat Song sudah ada jalan sementara berdasarkan video yang ditunjukkan kepada saya semalam,” katanya.

Menurutnya, jalan tersebut dilengkapi dengan batu supaya tidak terlalu licin dan beliau akan ke lokasi berkenaan pada keesokan harinya.

Semalam, Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada orang awam berikutan berlakunya tanah runtuh yang menyebabkan jalan di antara Kanowit dengan Song tertutup.

Menurut Alexander, punca tanah runtuh itu berlaku disebabkan hujan yang lebat berterusan dan terpaksa ditutup untuk memudahkan kerja penyelenggaraan dilakukan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula