Jentera UMNO ‘mantap’, berfungsi dengan baik bantu Cikgu Joohari

NIBONG TEBAL – Jentera UMNO dilihat berfungsi dengan baik bagi membantu
kempen calon Kerajaan Perpaduan, Dr. Joohari Ariffin memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada 6 Julai depan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan itu membuktikan bahagian angkat dan negeri angkat ditetapkan di kawasan tertentu bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan dengan berkualiti.

Menurut beliau, pembangkang mengetahui strategi yang digunakan, namun apa yang penting pelaksanaannya berjalan dengan lancar dan memberangsangkan.

“Sebagai contoh tadi, saya bersama Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh (Datuk Mohd Zaidi Mohd Said) sempat solat Subuh di Masjid Kampung Besar dan ziarah beberapa orang sakit sebelum ke sini.

“Ini sekali gus menunjukkan bahagian angkat itu berfungsi di pusat daerah mengundi ditetapkan. Kesungguhan jentera UMNO dan BN (Barisan Nasional) amat terserlah,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan projek penghubung jalan Bukit Panchor, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keseimbangan kempen calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), Ahmad berkata, pihaknya berusaha untuk menawan manakala pihak lawan pula berusaha untuk mempertahankan kerusi.

“Sekali lagi saya ingin menyebut di sini bahawa tiada manfaat jika diberikan (mandat) kepada pembangkang untuk menyelesaikan masalah-masalah (penduduk). Yang selesaikan kerajaan pusat.

“Siapakah di belakang Abang Abidin (calon PN)… macam tak nampak ada sesiapa di belakang beliau yang mempunyai kuasa boleh menolong rakyat,” katanya.

Mengulas perkara berbeza, Ahmad berkata,
pembinaan jalan menghubungkan Jalan Bukit Panchor ke laluan Persekutuan FT1, di sini, mendahului jadual selama 45 hari dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari depan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan projek yang menelan kos RM11.26 juta dengan laluan sepanjang 1.2 kilometer itu bakal menyelesaikan masalah dihadapi penduduk sekitar khususnya dalam aspek keselamatan.

“Ketika ini, kenderaan terpaksa melalui taman perumahan dan Kampung Ladang Kerian bagi urusan perdagangan sekali gus timbul isu keselamatan masyarakat kerana kenderaan-kenderaan berat daripada perindustrian melalui taman perumahan.

“Apabila siap nanti, jalan ini berupaya menampung sehingga 1,000 kenderaan sehari dan dapat menghubungkan kawasan Sungai Kechil, Sungai Bakap, Taman Ilmu dan Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian ke pekan Nibong Tebal.

“Selain itu, skop projek ini termasuk pemasangan lampu isyarat, lampu jalan di persimpangan serta pemasangan perabot jalan, pengalihan utiliti seperti paip Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Gas Malaysia, kabel Telekom Malaysia (TM), Maxis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti