Ancaman keganasan semasa di Malaysia terkawal – KDN

KUALA LUMPUR – Menjelaskan ancaman keganasan semasa dalam negara, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan ia berada pada tahap ‘terkawal’.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada petunjuk terhadap potensi serangan keganasan, meski pun timbul kerisauan dalam kalangan masyarakat. Sebaliknya beliau mengatakan ia lebih terarah kepada serangan ‘lone wolf’ (pengganas atau penjenayah bertindak sendirian).

Kongsi Saifuddin lagi, rekod pada tahun 2014 sehingga 2019 menunjukkan situasi berada pada tahap ‘kemungkinan besar’ iaitu bermaksud potensi serangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Jadi ia menunjukkan keadaan semasa adalah jauh lebih baik.

Katanya, tahap itu juga dicerminkan melalui kedudukan terbaru Global Terrorism Index (GTI) yang merekodkan kedudukan Malaysia semakin meningkat ke kedudukan yang lebih baik iaitu pada kedudukan 81 berbanding ke-76 pada tahun sebelumnya dan kedudukan ke-68 dua tahun sebelum itu, lapor Berita Harian.

“Malaysia juga menduduki tempat ke-10 dalam Global Peace Index 2024 berbanding di tempat ke-19 pada 2023,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Saifuddin berkata, berhubung status kes pencerobohan di Istana Negara, KDN melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Kedua-dua suspek telah mengaku bersalah dan telah dijatuhi hukuman dan bagi status kes ancaman bunuh kepada pemimpin politik, Yang Berhormat Jerai tidak menyatakan secara spesifik kepada mana-mana pemimpin politik.

“Untuk makluman Yang Berhormat, KDN amat menitikberatkan usaha ke arah memerangi dan membanteras unsur extremisme melalui beberapa pendekatan,” katanya.

Malaysia telah menguatkuasakan peruntukan undang-undang bagi memerangi keganasan iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015, Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Dari Aktiviti Haram 2001 (AMLAFATPUAA) dan Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) yang meminta menteri menyatakan status kes pencerobohan di Istana Negara dan ancaman bunuh kepada pemimpin politik serta perancangan tuntas untuk membanteras unsur ekstremisme daripada semakin menular dalam Malaysia.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

KUALA LUMPUR – Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (RSEA) menggesa kerajaan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam dasar keselamatan jalan raya dengan memberi tumpuan kepada pendidikan, latihan dan peningkatan kompetensi pengguna, berbanding…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti