LAHAD DATU – Sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu Dewan Kolej Vokasional Lahad Datu yang menjadikan jumlah keseluruhan PPS aktif di daerah ini adalah tiga dengan 308 mangsa terjejas banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul berkata, dua PPS yang dibuka pada Rabu adalah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan dan Dewan Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC).
“Seramai 146 mangsa banjir dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama ditempatkan di Kolej Vokasional antaranya dari kawasan terjejas di Kampung Sapadulang, Kampung Tawayari, Kampung Lituk Pulau, Kampung Simpang Sayur dan Kampung Bukit Balacon.
“24 mangsa di SMK Terusan dan 138 orang di AVTC setakat ini,” katanya ketika ditemui media di PPS Dewan Kolej Vokasional Lahad Datu.
Menurut Firuz, sebanyak enam PPS diwartakan di kawasan DUN Segama sebagai langkah awal bagi menempatkan penduduk di kawasan yang terlibat dengan bencana.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lahad Datu menerusi perkongsian di laman rasmi Facebooknya menasihati penduduk agar sentiasa bersiap siaga dan berpindah ke PPS yang telah disediakan bagi memgelak sebarang kejadian tidak diingini.
APM juga menggalakkan mereka yang terkesan banjir atau berdepan sebarang kecemasan menghuhungi pihak APM di talian 089-880991 atau talian MERS 999.
Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX
HARTAL Doktor Kontrak (HDK) menyambut baik komitmen kerajaan untuk menamatkan sistem doktor kontrak yang berlarutan sejak 2016, susulan pembentangan Belanjawan 2027 baru-baru ini. HDK berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri…
Lebih lanjut






