25,000 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat Negeri Sabah 2025

KOTA KINABALU – Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat Negeri Sabah hari ini di Sabah International Convention Centre (SICC) disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 25,000 pengunjung dari pelbagai kaum.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Josie Lai Mei Sing berkata, majlis itu bukan hanya meraihkan perayaan tetapi juga dapat mengeratkan perpaduan kaum di negeri ini.

“Kita boleh nampak kehadiran semua pagi tadi dihadiri pelbagai kaum selain daripada kaum Cina.

“Kami amat gembira kerana ramai pengunjung pada hari ini bersama-sama meraihkan sambutan ini dengan memakai pakaian tradisi masing-masing,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Rumah Terbuka berkenaan, pada Khamis.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri Toh Puan Faridah Tussin.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag.

Pada majlis tersebut, Tun Musa dan isteri juga berkesempatan menyantuni dan menyampaikan ‘angpau’ kepada warga emas yang hadir.

Hadir sama, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Jeffrey G. Kitingan dan Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan, Datuk Masidi Manjun; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Selain dihidangkan dengan pelbagai juadah, majlis juga diserikan dengan pelbagai persembahan pentas antaranya tarian singa, persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri