Usaha Malaysia bina semula Gaza buka ruang kongsi aspirasi kemanusiaan sejagat

TINDAKAN berani dan usaha gigih Malaysia terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan komitmen negara dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Menurut Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, perkara seperti ini boleh membuka mata dunia dan negara-negara maju untuk turut serta dalam langkah membina semula Gaza.

“Alhamdulillah PM meneruskan konsistensi daripada kepimpinan negara yang sebelum daripada ini dalam konteks pembelaan dan juga perjuangan rakyat Palestin.

“Jadi mudah-mudahan perkara-perkara seumpama ini akan membawa suatu penghormatan antarabangsa kepada kepimpinan negara.

“Ia juga boleh dijadikan sebagai suatu platform untuk turut sama membawa pemimpin-pemimpin di negara-negara yang berdekatan untuk juga berkongsi dengan aspirasi dan pendirian Malaysia dalam hal yang melibatkan Palestin dan Gaza,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysia Press pada Khamis.

Terdahulu, Anwar mengumumkan akan menggerakkan usaha membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza bagi membantu meringankan penderitaan yang ditanggung penduduk Palestin.

Beliau berkata, usaha itu itu akan direalisasikan dengan berganding bahu dan kerjasama semua pihak, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan swasta serta seluruh rakyat.

Dalam pada itu, Kerajaan Malaysia dan Jepun juga berjaya mencapai kesepakatan untuk menyegerakan usaha membina semula Gaza menerusi inisiatif Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), dengan menubuhkan dana khas bagi menyokong pembangunan semula wilayah yang terkesan.

Mengulas lanjut berkenaan kerjasama dua hala Malaysia dan Jepun, Aminurrasyid berkata, menyingkap berkenaan respon positif itu, ia merupakan langkah strategik bagi pendekatan melebarkan kerjasama antara negara-negara luar untuk memudahkan lagi usaha yang bakal dilaksanakan.

“Dalam respons awal, ia merupakan suatu pendekatan yang sangat strategik dalam melebarkan bentuk kerjasama bukan lagi sekadar kalangan negara-negara umat Islam tetapi juga bersama dengan Jepun yang mudah-mudahan ia akan membuka ruang yang lebih luas kepada rakan-rakan kongsi yang lain untuk turut sama membantu, menyumbang bagi pembinaan semula Gaza, Insya-Allah,” katanya.

Ketika ditanya kemungkinan adakah posisi hubungan baik Malaysia dengan China dan Amerika Syarikat (AS) akan memberikan kesan kepada negara setelah mengumumkan bantuan membina semula Gaza, Aminurrasyid berkata, bantuan ini adalah bersifat kemanusiaan sejagat.

Tambahnya, negara juga masih mengekalkan hubungan dalam konsep hormat menghormati antara kuasa-kuasa besar yang lain.

“Sebagai contohnya menggulurkan bantuan kepada mana-mana tempat yang mungkin dilanda bencana alam contohnya yang dilanda gempa bumi, yang dilanda musibah termasuk AS yang berhadapan dengan kebakaran yang begitu meluas dan menyebabkan kerugian yang besar.

“Ini juga adalah antara perkara-perkara yang bersifat tragedi yang perlu untuk diberikan bantuan atas dasar kemanusiaan dan ia tidak akan menjejaskan negara dan malah dia akan memberikan satu penghormatan kepada Malaysia yang ada pendirian yang jelas,” katanya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi