Israel bebas kumpulan kedua tahanan Palestin

RAMALLAH – Pihak berkuasa pendudukan Israel membebaskan kumpulan kedua tahanan Palestin semalam, sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dengan puak Palestin di Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Suruhanjaya Palestin bagi Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan dan Persatuan Tahanan Palestin berkata, kumpulan kedua termasuk 200 tahanan, terdiri daripada individu dengan hukuman penjara seumur hidup dan tempoh penjara panjang.

Antaranya, 121 tahanan sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan 79 sedang menjalani hukuman jangka panjang.

Pembebasan itu menyaksikan 114 tahanan dari Penjara Ofer dipindahkan ke Ramallah, 16 tahanan dihantar pulang ke Gaza dan 70 lagi diusir keluar dari Palestin.

Antara yang dibebaskan ialah tahanan Palestin tertua di penjara Israel, Mohammad Al-Tous, 67, dari kampung Al-Jabaa, selatan Bethlehem.

Al-Tous telah menghabiskan 39 tahun di penjara Israel.

Satu lagi pembebasan penting ialah Raed Al-Saadi, 57, dari bandar Silat Al-Harithiya, barat Jenin.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak