Tiga pencarum OKU terima bantuan keusahawanan menerusi Program Cakna Prihatin

KOTA KINABALU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Tabung Haji (TH) menyalurkan bantuan keusahawanan berupa peralatan bernilai RM15,000 kepada tiga pencarum Orang Kelainan Upaya (OKU) melalui Program Cakna Prihatin.

Tiga penerima berkenaan adalah Aalia Jamila Mohd Yusop, Mohd Faizal Abdullah dan Ali Yusuf Hassan.

Pengarah Perkeso Negeri Sabah, Mohd Ali Hindia berkata, program berteraskan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu bakal memberi impak kepada pembangunan tenaga kerja, peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan dalam kalangan pencarum Perkeso dan orang awam.

“Ini adalah aktiviti sokongan kembali bekerja kepada pencarum Perkeso dan kerjasama ini akan membantu para pencarum yang menghadapi masalah kesihatan mendapat sokongan yang sepatutnya untuk bangkit semula meneruskan kehidupan dan kembali menjana pendapatan diri serta keluarga.

“Para penerima ini sebenarnya berupaya dan berpotensi untuk meneruskan kelangsungan hidup berdasarkan kemampuan fizikal mereka, maka dengan bantuan strategik daripada kolaborasi ini dapat membantu mereka mendapatkan kemahiran baru,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Cakna Prihatin dan RTWPrenuer di perkarangan Wisma Perkeso Sabah, di sini, pada Rabu.

Jelas Mohd Ali, para penerima bantuan ini juga merupakan peserta dibawah Program ‘Return To Work’ (RTW) yang berfungsi memberi peluang kepada mereka yang kehilangan upaya untuk kembali bekerja semula dan meningkatkan sosial ekonomi keluarga.

“Program RTW ini sebenarnya sudah ada sejak 2007 lagi di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan bilangan pencarum Perkeso yang berjaya kembali bekerja daripada 2017 sehingga 2024 sebanyak lebih kurang 3,804 kes di Sabah.

“Untuk Sabah sahaja, bagi program Cakna Prihatin telah bermula pada September 2022 dan keseluruhan penerima yang telah mendapat bantuan Cakna ini adalah kira-kira 200 orang,” katanya.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014