KPM fokus isu keciciran, tumpu intervensi dan jurang ekonomi B40

SIK – Isu keciciran antara fokus utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2025 dalam usaha memastikan ketidakhadiran pelajar ke sekolah ditangani segera.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, tumpuan diberikan kepada aspek intervensi, jurang ekonomi dan bantuan khususnya melibatkan golongan B40 yang turut dikaitkan dengan isu berkenaan.

“Dari tadi kami bincangkan bagaimana keciciran harus diatasi intervensi daripada awal, tahniah pada PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) Sik telah memulakan dashboard awal bagi saya cukup efektif dan melihat isu dan trend berkaitan keciciran jauh lebih awal dari tingkatan satu lagi, begitu juga dengan kesenjangan-kesenjangan lain termasuk sosioekonomi.

“Saya difahamkan B40 sangat ramai begitu juga dengan aspek sekolah yang perlu diberikan tumpuan…kita ada tiga aspek sekolah ataupun segmen yang perlu diberikan perhatian sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi yang saya yakin dan percaya PPD telah pun mengambil semua langkah tersebut… lihat dari masa ke masa berdasarkan dashboard yang telah dilaksanakan oleh PDD,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan kerja rasmi ke Sekolah Kebangsaan (SK) Danglau, Sik hari ini.

Dalam pada itu jelasnya, proses transisi daripada Tahun Enam ke Tingkatan Satu juga perlu diberi perhatian dalam usaha mengatasi isu berkenaan.

“Jadi bila proses transisi tidak ada keciciran dari Darjah Enam hingga ke Tingkatan Satu, saya percaya ia akan dapat diatasi dengan jauh lebih baik,” katanya.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen