ASEAN kini jadi tumpuan utama negara kuasa besar

LANGKAWI – Potensi luar biasa dan kedudukan strategik rantau ASEAN yang dilihat penting kepada dunia menjadi kelebihan untuk organisasi antarabangsa itu kekal menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak luar melihat kepelbagaian budaya setiap negara dan kekuatan ekonomi secara bersama mampu menjadikan ASEAN sebagai rantau penting.

“Bagi memastikan ketegangan tidak berlaku, pemimpin ASEAN perlu meningkatkan kerjasama dan terbabit dalam perbincangan berterusan secara diplomatik dan berfikiran terbuka.

“Satu persoalan yang sering ditanya adalah berkaitan kepemimpinan baharu di Amerika Syarikat (AS) dan bagaimana ia memberi kesan dinamik kepada rantau ini pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pembukaan Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), hari ini.

Mesyuarat turut dihadiri Menteri Luar ASEAN dan pegawai kanan negara serantau.

Mengulas lanjut, Mohamad menegaskan
rantau ASEAN kini menjadi medan persaingan sengit kuasa besar susulan pertubuhan itu memiliki kedudukan geostrategik yang sangat penting, kepelbagaian budaya dan kekuatan ekonomi bersama.

“Perkara ini jelas dapat dilihat, maka kita berharap pemimpin negara ASEAN berperanan melalui pendekatan berbincang secara diplomatik dan berfikiran terbuka,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, ASEAN secara bersama menjadi kuasa ekonomi kelima terbesar dunia melalui 677 juta penduduk dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah AS$3.8 trilion (RM17.12 trilion).

Menurutnya, potensi ekonomi itu akan terus berkembang dengan ASEAN perlu konsisten mempromosi aktiviti perdagangan dan pelaburan secara bersama bagi melindungi rantau ini daripada kejutan masa hadapan.

“Kita kini berada pada 2025, selepas dekad yang bermula dengan penuh cabaran seperti pandemik, konflik, bencana alam, revolusi teknologi, dan kejutan ekonomi.

“Gangguan global ini bukan keadaan sementara, ia adalah norma baharu yang menunjukkan kerapuhan sistem global. Kita perlu berpandangan jauh dan merancang bukan hanya untuk tempoh 12 bulan, tetapi untuk jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, ASEAN merangka hala tuju untuk rantau ini bagi tempoh 20 tahun akan datang melalui pelan Visi Komuniti ASEAN 2045.

“Pelan ini akan menentukan arah tuju yang berani, inklusif, dan berpandangan jauh untuk rantau ini, yang realistik dan pragmatik.

“Matlamat bersama pelan ini adalah untuk memastikan keamanan, kestabilan, dan kemakmuran rantau dan seterusnya, dengan kesejahteraan dan kehidupan rakyat ASEAN sebagai keutamaan,” katanya.

Related Posts

PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC kesan 600 hantaran palsu krisis tenaga global, lima kes ke mahkamah

PUTRAJAYA – Lebih 600 hantaran di media sosial yang mengandungi maklumat palsu berkaitan krisis tenaga global dikesan sejak 29 Mac lalu hingga kini. Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar