JIM Sabah hantar pulang tahanan PATI warganegara China, Mesir

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menghantar pulang 11 orang tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara China dan seorang  warganegara Mesir melalui lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, pada Khamis.

Pengarahnya, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, Program Pemindahan Tahanan Asing Ke Negara Asal bagi kategori usir melalui udara itu adalah merupakan tahanan daripada Depot Imigresen Papar.

“Pemindahan 11 tahanan PATI lelaki dewasa itu adalah atas program pembiayaan sendiri yang dilaksanakan melalui KKIA menggunakan pengangkutan udara China Southern Airlines untuk dihantar ke Guangzhou, China.

“Manakala pemindahan seorang tahanan PATI warganegara Mesir ke negara asal daripada depot Imigresen Papar, Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kaherah, Mesir.

“PATI berkenaan telah balik ke negara asal atas program pembiayaan sendiri setelah selesai menjalani hukuman penjara dan diperuntukkan proses pemindahan balik ke negara asal,” katanya dalam kenyataan itu pada Jumaat.

Tambah beliau, kekerapan pelaksanaan program pemindahan tahanan PATI oleh JIM Sabah adalah tertakluk dengan hubungan kerjasama daripada pihak Kedutaan Asing di Malaysia.

“Operasi pemindahan tahanan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan JIM Sabah yang dijalankan dari semasa ke semasa bagi kesemua tahanan yang ditempatkan di Depot-Depot Imigresen Negeri Sabah bagi memendekkan tempoh penahanan tahanan.

“JIM Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganegara asing yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang telah diberikan.

“Tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan serta pemilik premis yang menggaji warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pas sah serta individu yang melakukan pelanggaran syarat pas atau permit yang termaktub di bawah Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan