Polis Marin Tawau rampas 26,200 batang rokok seludup lebih RM38,000

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas sebanyak 26,200 batang rokok pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM38,580 dipercayai diseludup masuk dari negara jiran di kawasan jambatan Kampung (Kg) Titingan di sini pada Ahad.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, rampasan itu dibuat Unit Risikan Marin PPM Tawau kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Semasa pemantauan di kawasan berkenaan telah mengesan dua lelaki yang sedang memunggah beberapa kotak dalam keadaan mencurigakan.

“Namun, kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri memasuki perkampungan atas air sebaik menyedari kehadiran pasukan PPM,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Isnin.

Menurut Nazri, pemeriksaan lanjut ke atas kotak yang ditinggalkan menemui 1,570 pek pelbagai jenama rokok.

Kesemua rampasan kemudian diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau untuk disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Related Posts

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

KOTA KINABALU – Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) disaran terus memainkan peranan aktif dalam menyumbang idea, pandangan dan sokongan terhadap usaha pembangunan negeri. Timbalan Ketua Menteri II merangkap Kementerian Kewangan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

KUANTAN – Inisiatif Komuniti MADANI di bawah Kementerian Komunikasi terus melebarkan sayapnya di Parlimen Kuantan menerusi penubuhan sembilan komuniti akar umbi merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Teruntum, Tanjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

Terengganu perlu bukti kejayaan ekonomi, bukan sekadar persepsi antarabangsa

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

9 Komuniti MADANI Parlimen Kuantan hubungkan kerajaan, rakyat

Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah

Murid maut terkena renjatan elektrik, JPN Sarawak zahir takziah

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik