Gabungan parti nasional, parti tempatan akan bawa Sabah kepada kejayaan

KOTA KINABALU – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berpendapat bahawa gabungan antara parti national dan parti lokal di Sabah akan membawa kejayaan kepada pentadbiran negeri itu.

Katanya, sebagai sebuah parti nasional, PKR Sabah mempunyai pandangan sendiri dan kerjasama antara parti nasional dan parti lokal adalah yang paling penting.

“Negeri-negeri lain berbeza tapi di peringkat negeri Sabah ini, gabungan parti nasional dan lokal Sabah yang idealnya akan menjamin kejayaan negeri ini.

“Seperti yang kita sudah maklum, kami sudah biasa dalam keadaan seperti ini, walaupun kini ada timbul isu sentimen parti lokal di Sabah tetapi saya fikir kami tidak rasa terancam.

“Malah saya fikir formula yang paling baik untuk negeri Sabah ialah gabungan parti nasional dan lokal. Saya fikir kami sudah biasa bekerjasama,” katanya ketika ditemui dalam sidang media mingguan PKR Sabah di Pejabat Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Suria Inanam, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MPN PKR Sabah, Datuk Peto Galim turut menjelaskan proses perbincangan pemilihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) kini masih sedang diselesaikan.

“Sebelum ini, saya telah beri dua kenyataan, 75 peratus ‘is almost been discussed among PH’ ada 25 peratus lagi itu, kekal 25 peratus.

“Jadi sebab terlewat walaupun sasaran kita ialah akhir bulan Disember atau awal bulan Januari adalah kerana kita dalam musim perayaan. Semua ‘members not really in the good mood to discuss’.

“Kita juga masing-masing sedang mengatur aktiviti parti masing-masing dan mereka telah memasukkan agenda perbincangan kerusi-kerusi ini dalam masa yang terdekat dan tarikh pun sudah ditentukan cuma belum boleh diumumkan,” ujarnya.

Tambahnya yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) PKR Sabah, jumlah 25 peratus itu bukan jumlah yang banyak maka perbincangan akan mudah untuk disegerakan.

“Jadi yakin sahaja 25 peratus itu bukan juga sangat banyak cuma perlu pengamatan masing-masing daripada semua parti kerana kerusi-kerusi ini adalah yang menjadi rebutan.

“Banyak kemungkinan yang akan berlaku. Jika pihak PH Sabah ini tidak boleh menentukan siapa yang akan bertanding di situ, mungkin kita akan serahkan kepada majlis presiden-presiden untuk atur semula,” jelas beliau.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

KUNAK – Jalan raya sepanjang kira-kira 300 meter menghubungkan Kampung Jaya Baru dengan Pasar Tamu Mingguan Kunak akhirnya selesai diturap semula bagi memberi keselesaan sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara