Johor beri amaran banjir gelombang kedua

JOHOR BAHRU – Johor dijangka berdepan banjir gelombang kedua yang diramal berlaku bermula Rabu hingga Sabtu ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, laporan itu diterima berdasarkan makluman oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) ketika beliau membuat tinjauah dibuka pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi, hari ini.

“METMalaysia memaklumkan gelombang kedua hujan berterusan dijangka berlaku di Johor pada 15 hingga 18 Januari ini.

“Justeru, saya menyeru seluruh Bangsa Johor supaya terus waspada dan mendengar arahan daripada pihak berkuasa, supaya usaha pengurusan banjir di negeri ini berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, hari ini.

Terdahulu, beliau menyantuni dan menyampaikan sumbangan bencana kepada mangsa banjir di empat PPS di daerah sama.

Dalam lawatan berkenaan, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Renggam turut mengarahkan agar Projek Tebatan Banjir di Sungai Johor dan Sungai Pemandi yang kini masih dalam pelaksanaan untuk disiapkan segera.

Ujar beliau, pelaksanaan projek tebatan itu mampu mengurangkan impak banjir yang sering melanda negeri ini.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16