Kerajaan akan laksana kempen keselamatan dalam talian di sekolah seluruh negara

SEPANG – Kerajaan akan melaksanakan kempen keselamatan dalam talian di sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh negara dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kempen itu diadakan bagi meningkatkan pemahaman serta kesedaran ibu bapa, guru dan murid sekolah tentang keselamatan dalam talian bagi mengelak golongan itu terjerumus menjadi mangsa penipuan serta jenayah dalam talian.

“Dalam tempoh beberapa minggu lagi, akan diadakan kempen kesedaran di sekolah untuk tingkat pemahaman serta kesedaran tentang keselamatan dalam talian bagi ibu bapa, guru dan murid sekolah rendah.

“Kita mahu mereka tidak beri sebarang fokus kepada media sosial, maksudnya ‘no media social’ pada peringkat sekolah rendah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kampung Angkat Madani Kementerian Komunikasi di Kampung Orang Asli Kelinsing, hari ini.

Bagi peringkat sekolah menengah, Fahmi menegaskan, tumpuan kerajaan ialah pendedahan mengenai kaedah penggunaan Internet dan media sosial dengan selamat.

“Hal ini untuk mengelak daripada menjadi mangsa scam (penipuan dalam talian) dan jenayah lain yang ada dalam talian,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Fahmi berkata, penggunaan imej palsu memanipulasi teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk kaedah ‘deepfake’ kini menjadi alat jenayah serta senjata untuk mencemarkan imej seseorang dan menghasut atau menyemarakkan kebencian berkait isu agama, kaum serta Raja (3R).

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menegaskan, ini dibuktikan apabila lebih 454 kes penipuan dilaporkan menggunakan teknik berkenaan pada tahun lalu, dengan melibatkan kerugian berjumlah RM2.72 juta.

“Penjenayah melakukan penipuan dengan meniru suara kenalan mangsa, kononnya menghadapi masalah sehingga mangsa mempercayai menyebabkan berlakunya transaksi ke akaun keldai.

“Justeru, jenayah alaf baharu ini harus seiring dengan penguatkuasaan dan platform media sosial berkuat kuasa pada 1 Januari lalu tidak akan menjejaskan pengguna perseorangan.

“Ini kerana kerajaan menyedari bahawa ramai pengguna telah memanfaatkan platform yang ada untuk tujuan
perniagaan, pendidikan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, mengulas berkenaan program, Fahmi memaklumkan, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kampung Orang Asli Kelinsing, yang merupakan Kampung Angkat Madani, Kementerian Komunikasi memberikan impak positif yang mewujudkan keunikan serta kelebihan kepada penduduk di kawasan itu.

Jelasnya, insiatif itu berperanan meningkatkan potensi dan kesejahteraan
komuniti melalui program yang holistik dan mampan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi komuniti.

“Ia mempunyai lima teras perkhidmatan pintar iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan sebagai pusat untuk menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif kerajaan yang terkini dan tepat.

“Diharapkan dengan terbinanya NADI Kelinsing ini akan menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi serta meningkatkan literasi digital
dalam kalangan penduduk Kampung Orang Asli khususnya, dan masyarakat sekitar amnya, melalui perkhidmatan
yang disediakan,” katanya.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

GOPENG – Penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka peluang lebih luas kepada negara untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara anggota blok berkenaan yang mewakili lebih separuh daripada populasi dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK