DPMM bimbing PMKS integrasi teknologi AI secara holistik

PUTRAJAYA – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan terus diberi bimbingan mengenai cara untuk mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) agar dapat bergerak seiring dengan perubahan masa kini.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, sebagai usaha ke arah itu pihaknya akan melaksanakan program kesedaran di seluruh negara bagi membantu usahawan Melayu dan Bumiputera untuk lebih berdaya saing.

Menurutnya, insiatif itu penting dalam pemerkasaaan teknologi dan inovasi bagi mewujudkan persekitaran perniagaan lebih kukuh dan berdaya tahan, seperti disarankan menerusi Gerakan Ekoniaga Madani (GEMA).

“Bagi tujuan itu, program seperti Seminar Pemantapan Kecerdasan Buatan untuk Usahawan Kecil & Besar (SPKB) akan berfungsi sebagai platform untuk memacu penerapan teknologi AI di peringkat akar umbi.

“Semalam, DPMM bersama Gig Venture Enterprise, Lekir Tech (M) Sdn Bhd dan Mesolitica Sdn Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Anjung DPMM, bertujuan memacu penerapan teknologi AI dalam kalangan usahawan tempatan.

“Kerjasama strategik ini membuka ruang kepada penerapan teknologi terkini dalam perniagaan usahawan Melayu. Rakan-rakan strategik DPMM menyatakan komitmen mereka untuk berkongsi kepakaran teknikal AI.

“Mereka juga akan menyediakan penyelesaian praktikal yang mampu meningkatkan kecekapan operasi, produktiviti dan inovasi,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Melalui inisiatif ini, Norsyahrin menegaskan, PMKS bakal memiliki kelebihan kompetitif untuk kekal relevan dalam ekonomi digital yang semakin mencabar.

Katanya, teknologi yang akan dibangunkan bersama itu juga memberi tumpuan kepada keperluan masyarakat setempat, termasuk pembangunan model bahasa besar (LLM) Bahasa Melayu yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar.

“Inisiatif berkenaan memperkukuh kedaulatan teknologi sambil memastikan bahasa dan budaya tempatan terus dipelihara dan pada masa sama mendorong teknologi hingga kepada seluruh komuniti perniagaan Melayu dan Bumiputera.

“Kerjasama ini turut sejajar dengan objektif Kementerian Digital dan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) dalam usaha memastikan pembangunan AI yang beretika, mampan, dan inklusif.

“Dengan sokongan rakan strategik, DPMM berusaha untuk memastikan manfaat teknologi ini sampai kepada seluruh komuniti perniagaan Melayu dan Bumiputera selain usaha dilakukan bukan sahaja memastikan PMKS Melayu dan Bumiputera kekal relevan tetapi juga mendahului perubahan teknologi global,” katanya.

Related Posts

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan dengan aktiviti domestik kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan biarpun berdepan persekitaran global yang mencabar dan tidak menentu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

BANGI – Seramai 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan ditahan tentera Zionis ketika berada di perairan berhampiran Kepulauan Crete, Greece, hari ini. Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli