PRN17 Sabah: Rakyat tidak mahu kompromi isu rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah tidak mahu kompromi isu rasuah dan ketirisan termasuk pemimpin yang terbukti menyalahgunakan kuasa.

Menurut Abd. Khar@Ramlie Akal yang mahu menggelarkan dirinya sebagai rakyat Sabah prihatin berkata, pentadbiran kerajaan perlu wawasan yang jelas dan pemimpin beritegriti.

“Tindakan tegas diperlukan untuk memastikan integriti kepimpinan.

“Pentadbiran yang lebih telus, cekap dan berwawasan amat diperlukan untuk membawa Sabah keluar daripada kemelut pembangunan yang berpanjangan.

“Kerajaan perlu cekap dalam menangani masalah asas seperti infrastruktur, pendidikan dan kos sara hidup bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan juga perlu membina kepercayaan rakyat melalui pemimpin yang bersih, berprinsip dan bebas daripada skandal,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata rasuah dan salah guna kuasa adalah penyakit yang membarah dan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

“Tatakelola yang lemah serta ketirisan dana awam bukan sahaja menjejaskan pembangunan malah melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

“Kita tidak boleh mengabaikan isu ini dengan alasan untuk membentuk gabungan atau kerjasama semata-mata.

“Sejarah telah membuktikan bahawa integriti dan ketelusan dalam pentadbiran adalah asas kepada kemajuan dan kemakmuran mana-mana wilayah,” katanya lagi.

Katanya lagi, cadangan pengabungan parti-parti tempatan Sabah kelihatan menarik di atas kertas.

“Namun, keindahan idea ini akan pudar sekiranya ia tidak berlandaskan integriti, tatakelola baik dan komitmen untuk memerangi rasuah.

“Sebagai rakyat Sabah, kami menuntut kepimpinan yang jujur, berwawasan, dan benar-benar berjuang untuk kebajikan rakyat, bukan untuk kepentingan kuasa semata-mata,” kongsinya.

Mengulas lanjut, katanya sebagai rakyat Sabah perlu bersikap neutral tanpa berparti kerana penggabungan parti hanya menjadi keutamaan kedua jika integriti tidak diberi keutamaan dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

“Gabungan tanpa asas yang kukuh terhadap ketelusan dan tatakelola yang baik hanya akan menghilangkan kuasa semak dan imbang dalam sistem demokrasi.

“Apakah pilihan yang akan tinggal untuk rakyat jika semua parti tempatan bersatu semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

“‘You Help Me, I Help You’ dan ini akan mengakibatkan komitmen untuk memerangi rasuah dan meningkatkan kecekapan pentadbiran akan hilang,” katanya.

Related Posts

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

SIMUNJAN – Penduduk di sekitar kawasan Sungai Apin kini menikmati kemudahan sukan yang lebih selesa susulan siapnya projek naik taraf padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Apin yang melibatkan kos sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

KOTA KINABALU – Seramai 500 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah diseru memperkukuh pengurusan kewangan dan kesihatan mental bagi mengelakkan implikasi serius terhadap masa depan diri dan keluarga. Ketua Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Kegiatan jual petrol bersubsidi kepada warga asing terbongkar

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO

Semangat ABU penentu kekuatan sebenar UMNO