Anda terkesan banjir? Mohon Bantuan Wang Ihsan RM1,000 segera!

Oleh: Husna Irdina (Pelatih UPM)

KERAJAAN menyediakan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dengan peruntukan RM1,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau lain-lain bencana yang disenaraikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Apa itu Bantuan Wang Ihsan (BWI)?

Bantuan Wang Ihsan (BWI) merupakan inisiatif Kerajaan Madani untuk meringankan beban mangsa banjir yang terpaksa menampung kerugian harta benda dan kehilangan nyawa ahli keluarga pascabanjir.

Jenis bantuan yang ditawarkan menerusi Bantuan Wang Ihsan (BWI)

Terdapat dua jenis Bantuan Wang Ihsan (BWI) diagihkan kepada mangsa banjir, iaitu

i. Bantuan RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah; dan

ii. Bantuan RM10,000 bagi waris mangsa yang terkorban akibat bencana

Bantuan RM 1,000 untuk ketua isi rumah tersebut akan diagihkan kepada kedua-dua ketua isi rumah, sama ada yang berpindah, ataupun yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Bukan itu sahaja, sebagai tanda simpati terhadap waris yang kehilangan ahli keluarga, Kerajaan Madani memperuntukkan RM10,000 Bantuan Wang Ihsan Kematian bagi bencana atau malapetaka yang berlaku, sama ada semasa musim Monsun Timur Laut (MTL) ataupun di luar musim MTL. 

Pencerahan bagi kelompok sasaran peruntukan ini adalah seperti yang berikut:

Syarat kelayakan memohon

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda semak syarat kelayakan seperti yang diperincikan di bawah:

Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai syarat kelayakan, sila muat turun dokumen di https://www.nadma.gov.my/images/2024/BWI/Syarat-Syarat_Kelayakan_Bagi_BWI_dan_BWI_Kematian_dan_Borang-Borang_Berkaitan_1-1-6.pdf

Jumlah amaun bantuan yang diperuntukkan

Jumlah yang akan diterima bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas banjir atau lain-lain bencana adalah sebanyak RM1,000 tanpa mengira jumlah isi rumah per keluarga.

Cara memohon bantuan

Berikut merupakan cara memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI): 

  1. Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
  2. Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) boleh merujuk kepada petugas di PPS masing-masing.
  3. Bagi yang tidak berpindah ke PPS, KIR perlu memohon kepada Ketua Komuniti/ Pegawai Daerah masing-masing.
  4. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pengawai Daerah dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
  5.  Tiada permohonan secara dalam talian dibuka.

Dokumen-dokumen yang diperlukan

i. Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan (Pemohon)

Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan (Pemohon) di pautan https://www.nadma.gov.my/images/2024/BWI/BORANG_PERMOHONAN_BWI_KEMASKINI_12_DECEMBER.pdf sebelum dikemukakan kepada petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

ii. Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Pemohon)

Pemohon diminta untuk mencetak dan mengisi Borang Akuan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Pemohon) di pautan https://www.nadma.gov.my/images/2023/BANTUAN/BORANG_AKUAN_PERMOHONAN_BANTUAN_WANG_IHSAN_KEMATIAN_PEMOHON.pdf sebelum dikemukakan kepada Ketua Masyarakat dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti bukti kematian iaitu Sijil Kematian atau Laporan Polis atau Laporan Kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan serta bukti pertalian keluarga terdekat dengan mangsa bencana sebagai suami/isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik iaitu Surat Nikah, Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran dan lain-lain. 

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon dan ketua masyarakat boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

iii. Borang Akuan Pengesahan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Ketua Masyarakat)

Pemohon diminta untuk mencetak Borang Akuan Pengesahan Permohonan Bantuan Wang Ihsan Kematian (Ketua Masyarakat) di pautan https://www.nadma.gov.my/images/2023/BANTUAN/BORANG_AKUAN_PENGESAHAN_PERMOHONAN_BANTUAN_WANG_IHSAN_KEMATIAN_KETUA_MASYARAKAT.pdf sebelum dikemukakan kepada Ketua Masyarakat dengan dokumen-dokumen berkaitan seperti bukti kematian iaitu Sijil Kematian atau Laporan Polis atau Laporan Kematian yang disahkan oleh Pegawai Perubatan serta bukti pertalian keluarga terdekat dengan mangsa bencana sebagai suami/isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik iaitu Surat Nikah, Sijil Perkahwinan, Sijil Kelahiran dan lain-lain. 

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pemohon dan ketua masyarakat boleh merujuk kepada Pejabat Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

FAQ Bantuan Wang Ihsan (BWI)

1. Prosedur pemberian Bantuan Wang Ihsan

2. Syarat wajib kelayakan dan cara mendapatkan borang BWI

3. Takrifan Ketua Isi Rumah (KIR)

4. Pautan syarat-syarat kelayakan permohonan BWI

5. Status pengagihan BWI

Nota makluman

  • Segala proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan dan pengumuman pengagihan BWI adalah di bawah peranan Pejabat Daerah / Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) / Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
  • BWI disalurkan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselia oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
  • NADMA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang proses pendaftaran, verifikasi, kelulusan atau agihan BWI kepada KIR

Maklumat lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau mengutarakan sebarang persoalan mengenai Bantuan Wang Ihsan (BWI), anda boleh merujuk Pejabat Daerah yang berdekatan.

Anda juga boleh layari portal rasmi NADMA di https://www.nadma.gov.my/bm/awam/bantuan/bantuan-wang-ihsan?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR1BpFtOdSiazFLGfGEREYG60ZMyN4pvXAGFWgRs3YLeFBgjVrQxefnExx4_aem_Jsird22n19OWv0giww1lqQ

Jadi, apa tunggu lagi? Mohon segera!

Related Posts

STeP perkasa usahawan, buka akses bantuan dan geran perniagaan

SUNGAI SIPUT – Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) terus memperkukuh agenda pembangunan usahawan negeri apabila seramai 30 usahawan sekitar Jalong dan kawasan berhampiran menyertai Program Taklimat Bantuan Keusahawanan dan Pendaftaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cahaya matahari hasilkan bahan api dari sisa plastik

SEKUMPULAN saintis kini sedang membangunkan kaedah inovatif bagi menangani dua krisis global secara serentak, iaitu pencemaran plastik dan permintaan terhadap tenaga bersih, dengan menukarkan sisa plastik kepada bahan api menggunakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka