Lebih banyak cabaran untuk ahli politik, wakil rakyat juga pengamal media pada 2025

SANDAKAN – Lebih banyak cabaran bukan sahaja kepada ahli politik dan wakil rakyat tetapi juga termasuk para pengamal media bagi tahun 2025, kata Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

“Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan saya tahu ia akan memberi tekanan kepada semua wartawan yang akan bekerja tanpa henti untuk meliputi segala perkembangan kempen walaupun dalam keadaan cuaca hujan atau panas.

“Saya amat memahami cabaran yang dihadapi oleh para wartawan terutama di Sabah yang sering berdepan dengan tekanan politik yang pelbagai.

“Sebagai seseorang yang pernah belajar dalam bidang komunikasi massa dan berkerja sebagai seorang ‘news writer’ saya faham betapa beratnya tugas wartawan.

“Mereka sering berhadapan dengan pelbagai tekanan dalam menghasilkan berita baik secara langsung atau tidak langsung,” katanya semasa berucap di Majlis Makan Malam Tahun Baru 2025 bersama Rakan Media Sandakan di sini pada Sabtu.

Majlis tersebut anjuran inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Sandakan bagi mengeratkan hubungan dengan semua media beroperasi di Sandakan yang memainkan peranan penting dalam penyampaian berita sepanjang tahun 2024.

Justeru, Vivian mengajak para media untuk meluangkan masa menikmati majlis tersebut dan merayakan kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2024.

“Malam ini, jangan fikirkan tentang kerja. Mari kita nikmati majlis ini dan merayakan kejayaan bersama,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua media di Sandakan atas komitmen dan usaha mereka dalam menyampaikan berita yang berkualiti.

“Kerja-kerja anda telah membantu kami menyebarkan berita hingga ke seluruh negara.

“Lebih banyak berita positif mengenai Sandakan dapat disebarkan ke seluruh dunia untuk menarik perhatian pelancong.

“Saya berharap berita-berita baik mengenai Sandakan dapat sampai ke seluruh dunia, supaya orang ramai lebih mengenali Sandakan dan datang melancong ke sini pada tahun 2025,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Vivian berharap agar lebih banyak program seperti ini dapat diadakan pada masa hadapan bagi mengukuhkan lagi hubungan antara Pusat Khidmat Parlimen Sandakan dan media tempatan.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET