Segerakan projek berkepentingan rakyat

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua program dan projek asas untuk rakyat yang amat memerlukan seperti membasmi kemiskinan tegar serta tebatan banjir disegerakan.

Perdana Menteri berkata, unjuran sesuatu projek yang mengambil masa begitu lama untuk disiapkan perlu dirombak semula dan diselesaikan dalam tempoh singkat sebaik mungkin.

“Saya setuju dalam perbincangan, kita harus rombak itu semua, kalau banjir itu mengorbankan nyawa, mengorbankan harta, tak perlu tunggu sehingga enam tahun (untuk siapkan projek tebatan).

“Jadi hal ini yang harus diteliti semua KSU (Ketua Setiausaha kementerian), kalau tidak, KSU baharu datang, kemudian tengok skim banjir untuk tebatan banjir (sebagai contoh) Fasa 1 Rantau Panjang (Kelantan) dah siap, fasa kedua tahun 2026, fasa ketiga 2029, jadi orang Rantau Panjang kena tunggu 15 tahun baru nak siap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Tahun Baharu 2025 bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik