Sultan Selangor bimbang fitnah, pembunuhan karakter di luar musim pilihan raya

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap gejala membunuh karakter individu tertentu yang semakin berleluasa dewasa ini.

Baginda bertitah, gejala ini jika tidak dibendung akan memberi persepsi negatif terhadap individu berkenaan sekali gus mengundang kepada lebih banyak budaya hidup tidak baik dan menjejaskan keharmonian.

Sultan Sharafuddin bertitah, lazimnya perbuatan membunuh karakter itu hanya berlaku pada musim pilihan raya, namun kini ia digunakan untuk memusnahkan kepercayaan dan seterusnya menjatuhkan individu tertentu.

“Beta ingin menasihatkan kepada rakyat agar bijak menilai dan mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat prasangka dan percaya dengan fitnah-fitnah yang terhasil daripada cubaan untuk membunuh karakter ini,” titah baginda dalam perutusan bersempena 2025, di Facebook Selangor Royal Office.

Pada masa sama, baginda menyarankan sekiranya terdapat kritikan atau rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat, ia seharusnya disalurkan sebagai cadangan yang membina demi manfaat semua pihak.

Bersempena dengan tahun 2025, Sultan Sharafuddin menyeru seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa, dan fahaman politik menanam azam lebih fokus kepada usaha membangunkan ekonomi dan bekerja lebih kuat demi memajukan negara dalam semua bidang.

Baginda juga tidak mahu ada pihak masih bertelagah, khususnya dalam kalangan pemimpin, komuniti perniagaan, dan penjawat awam yang tamakkan kuasa dan kemewahan yang dilihat kerap menjadi punca kepada timbulnya fitnah jahat, adu domba serta penyebaran maklumat palsu terutamanya di media sosial.

“Pada tahun baharu ini juga, beta mahu rakyat sama-sama berazam membanteras gejala rasuah pada semua peringkat dengan meningkatkan penguatkuasaan dan yang paling penting, mengutamakan integriti dalam nilai-nilai kehidupan harian.

“Ingatlah, bahawa sebuah tamadun boleh runtuh hanya disebabkan oleh rasuah yang berleluasa dan tidak terkawal,” titahnya.

Related Posts

Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI tidak akan membiarkan permasalahan legasi isu kehadiran pelarian asing terus berlarutan, sebaliknya mula menyelesaikannya secara tegas, tersusun dan berperingkat berlandaskan keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kejayaan Petronas projek LNG Canada pamerkan kepakaran Malaysia di mata dunia

PUTRAJAYA – Kejayaan Petronas dan rakan usaha samanya memuktamadkan pelaburan bagi projek LNG Canada Fasa 2 di Kitimat, British Columbia mempamerkan kepercayaan komuniti antarabangaa terhadap kepakaran dan kemampuan Malaysia. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

Hilux bawa pekerja ECRL terbabas di LPT

Hilux bawa pekerja ECRL terbabas di LPT

RCI Tabung Haji dijangka jadi antara isu tumpuan kempen PRN Melaka

RCI Tabung Haji dijangka jadi antara isu tumpuan kempen PRN Melaka

Bekas Pengarah Besar FELDA tidak mengaku perdaya penukaran hak milik tanah

Bekas Pengarah Besar FELDA tidak mengaku perdaya penukaran hak milik tanah

Kejayaan Petronas projek LNG Canada pamerkan kepakaran Malaysia di mata dunia

Kejayaan Petronas projek LNG Canada pamerkan kepakaran Malaysia di mata dunia

Kerajaan utamakan keselamatan, kepentingan rakyat berhubung isu pelarian Myanmar

Kerajaan utamakan keselamatan, kepentingan rakyat berhubung isu pelarian Myanmar