Dua remaja maut motosikal bergesel sesama sendiri

PASIR MAS – Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bergesel sesama sendiri sehingga terbabas di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, di sini, jam 12.20 tengah malam tadi.

Mangsa yang maut, Muhammad Shahrul Huzaimi Mohd Azman, 17, dan Muhammad Aliff Haikal Abd Rahman, 17, manakala seorang lagi penunggang, Bilal Aliff Faizal, 19, cedera dan menerima rawatan di Hospital Pasir Mas, di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, ketiga-tiga mangsa menunggang motosikal dari arah Rantau Panjang menghala ke Pasir Mas.

“Mangsa pertama disahkan maut di tempat kejadian, manakala mangsa kedua disahkan meninggal pada jam 1.20 pagi tadi, di Hospital Pasir Mas,” katanya hari ini.

Kama Azural berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan.

“Ibu bapa dinasihatkan untuk lebih memberi perhatian dan memantau pergerakan anak-anak terutamanya di malam hari bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Related Posts

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta merta

KULAI – Majlis Perbandaran Kulai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menutup serta merta sebuah kilang dalam kawasan perindustrian, di sini kerana didapati memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

KANGAR – Gara-gara perselisihan faham berkaitan isu peribadi, seorang lelaki yang bertindak membuat hantaran berunsur ugutan untuk mencederakan individu lain menggunakan sebilah pedang, ditahan polis. Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta merta

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029