Ada kes pendakwaan lepas PRU14 dibuat secara tergesa-gesa

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan terdapat kelemahan dalam beberapa kes pendakwaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana ia dilakukan secara tergesa-gesa.

Perdana Menteri berkata, ia adalah kerana tindakan itu didorong kebencian, permusuhan dan dendam politik oleh mereka yang berkuasa.

“Anda perlu tahu, pada waktu itu, proses pendakwaan dijalankan dengan tergesa-gesa, didorong oleh kebencian, permusuhan, dan dendam politik oleh pihak yang berkuasa.

“Jadi, banyak kes pendakwaan yang tidak sempurna,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri, di Subang Jaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kebebasan badan kehakiman susulan pembebasan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor daripada tuduhan pengubahan wang haram dan kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dua hari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram lebih RM7 juta dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.

Hakim K Muniandy membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu untuk membatalkan semua tuduhan terhadapnya atas alasan tuduhan tanpa asas dan pendakwaan tidak mengemukakan unsur kesalahan dalam tuduhan yang dikenakan.

Rosmah masih menghadapi satu lagi kes di peringkat rayuan terhadap sabitan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, kritikan terhadap kerajaan berhubung keputusan mahkamah itu sebagai hipokrit.

“Adakah anda mahu saya campur tangan dalam proses kehakiman? Inilah kebebasan badan kehakiman.

“Apabila hakim membuat keputusan berbeza, anda menyalahkan pihak lain atau tidak bersetuju dengan keputusan itu.

“Peguam Negara tidak bersetuju, sebab itu keputusan kes Datin Seri Rosmah sedang dirayu.

“Datin Seri Rosmah, dengan segala hormat, sudah pun disabitkan (dalam kes lain). Biarkan proses undang-undang berjalan,” katanya.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan