Media main peranan penting kritik, tegur kerajaan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, mengadakan pertemuan bersama pengamal media tempatan dan luar negara.

Pertemuan itu bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara berkaitan dasar kerajaan serta pelbagai isu semasa dan masa depan Malaysia.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata, sesi itu penting supaya penjelasan dan maklumat dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, basmi kemiskinan tegar, dasar luar dan ekonomi negara di tengah-tengah perubahan dinamik global, isu serantau dan kebangkitan Asean.

Perdana Menteri berkata, media adalah watak penting dalam memberikan kritikan, teguran, pandangan, ulasan dan pencerahan dalam meraikan roh demokrasi di negara ini.

“Moga sesi ini memberi manfaat kepada semua agar hala tuju, polisi kerajaan, isu semasa dan lain-lain diberikan kesedaran serta pencerahan sewajarnya,” menurut hantaran itu.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar