Bantahan pihak ketiga, punca Jalan Kilang tidak dibaiki – JKR Sabah

LAHAD DATU – Masalah jalan raya rosak di Jalan Kilang di sini yang tular di media sosial tidak dapat diselenggara akibat bantahan pihak ketiga.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata, jalan berkenaan kini dalam keadaan yang amat teruk dengan beberapa lubang besar di kiri dan kanan jalan sehingga menyukarkan kenderaan kecil melaluinya.

Katanya, jalan negeri itu di bawah selenggaraan syarikat konsesi Globinaco Sdn. Bhd dan lokasi berkenaan telah disenaraikan untuk pembaikan pada tahun ini selain peruntukan juga telah diluluskan.

“Bagaimanapun, kerja pembaikan tidak dapat dimulakan disebabkan terdapat bantahan dari pihak ketiga yang mendakwa status tanah di lokasi tersebut masih tanah persendirian dan bukannya rizab jalan.

“Perkara ini telah dirujuk kepada Jabatan Tanah & Ukur (JTU) dan jabatan ini sedang menunggu pengesahan dari pihak JTU sebelum kerja-kerja pembaikan tersebut dapat dimulakan,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Menurutnya, Jurutera Daerah Lahad Datu turut memaklumkan bahawa terdapat individu yang menghalang pihak konsesi untuk melaksanakan kerja pembaikan jalan di lokasi tersebut.

“Individu tersebut mengakui Jalan Kilang termasuk dalam kawasan tanahnya, pihak Globinaco beberapa kali ingin melaksanakan kerja pembaikan tetapi dihalang oleh individu tersebut,” katanya.

Terdahulu, JKR Sabah mengulas sebuah video yang tular di media sosial memaparkan kerosakan teruk Jalan Kilang sehingga menimbulkan pelbagai reaksi warganet.

Related Posts

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

TAIPING – Program Hari Potensi Alpha Gen Talent dan Hari Kemahiran KEMAS Negeri Perak menjadi medan penting untuk mencungkil bakat serta mengembangkan potensi generasi muda dalam pelbagai bidang, termasuk sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

NIAH – Regatta Subis@Niah 2026 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 September ini dengan pelbagai aktiviti menarik di Tebingan Niah dan Dewan Terbuka Sepupok. Penganjuran acara tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Kalau dendam, kenapa peruntukan negeri pembangkang naik?

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

Rakyat mahu hidup lebih baik, tapi politik masih jual ketakutan

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah