Keputusan rayuan Rosmah gugur tuduhan ubah wang haram hari ini

PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor menggugurkan semua tuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai berjumlah RM7 juta hari ini.

Hakim K Muniandy dijangka menyampaikan keputusan itu pada jam 9 pagi.

Isteri kepada bekas perdana menteri – Datuk Seri Najib Razak – dalam permohonannya berhujah bahawa kualiti hidupnya terjejas akibat ketidakadilan prosedur kes itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan menegaskan semua tuduhan adalah sah di sisi undang-undang dan mengandungi maklumat mencukupi untuk memaklumkan tertuduh mengenai kesalahan yang didakwa, sekaligus membolehkan beliau menyediakan pembelaan sewajarnya.

Pada 23 Ogos lalu, peguam Rosmah, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan dan pendakwaan mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, turut bersetuju dengan kenyataan tersebut, tetapi menyatakan bahawa proses dokumentasi masih pada peringkat akhir sebelum perintah mahkamah diteruskan.

Pada 13 Disember tahun lalu, Rosmah mengemukakan tiga surat representasi untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Rosmah sebelum ini mengemukakan dua permohonan seumpamanya, masing-masing pada 3 Mei dan 18 Ogos, yang masih belum diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.

Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2018 sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Rosmah menghadapi 12 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kesalahan itu itu didakwa dilakukan antara 4 Disember 2013 hingga 8 Jun 2017.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan