Tiada bantuan kemanusiaan dibenar masuk ke Beit Lahiya, Beit Hanoun, Jabalia

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa Israel hanya membenarkan kurang daripada satu pertiga daripada operasi bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Semenanjung Gaza pada bulan Disember.

Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), jurucakap PBB Stephane Dujarric memberitahu wartawan bahawa pihak berkuasa Israel terus menolak operasi bantuan PBB ke kawasan utara Gaza yang dikepung, termasuk Beit Hanoun, Beit Lahiya, dan kawasan Jabalia.

Menurutnya, kebanyakan permintaan PBB telah ditolak secara langsung oleh Israel sejak pengepungan bermula 10 minggu lalu.

“Di seluruh Gaza, pasukan kemanusiaan terus menghadapi sekatan akses yang teruk ketika mereka cuba membantu sejumlah besar penduduk yang memerlukan makanan, air, tempat perlindungan, dan keperluan asas lain untuk terus hidup.

“Sepanjang Gaza, kami merancang 339 pergerakan bantuan yang memerlukan koordinasi dengan pihak berkuasa Israel antara 1 hingga 16 Disember. Mereka hanya membenarkan kurang daripada satu pertiga daripada pergerakan tersebut,” katanya.

Tambahnha daripada 96 pergerakan kemanusiaan yang dirancang untuk suku pertama Disember, hanya 16 sahaja yang dibenarkan masuk oleh pihak berkuasa Israel.”

Dujarric juga mengumumkan bahawa menurut keputusan Perhimpunan Agung PBB, sebuah persidangan antarabangsa peringkat tinggi mengenai penyelesaian aman isu Palestin dan penyelesaian dua negara (two state solution) akan diadakan pada bulan Jun 2025, diketuai oleh Arab Saudi dan Perancis.

Beliau berkata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres juga dijangka menghadiri persidangan tersebut dan menekankan bahawa seluruh rantau ini memerlukan tindakan segera dan tidak boleh ditarik balik untuk membolehkan pihak-pihak terlibat kembali dalam laluan politik yang telah lama tertangguh untuk menamatkan penjajahan dan menyelesaikan konflik.

Beliau menegaskan bahawa penyelesaian itu mesti berlaku selaras dengan undang-undang antarabangsa, resolusi PBB yang berkaitan, dan perjanjian dua hala, mengikut visi dua negara Israel dan Palestin.

Pada 4 Disember, Perhimpunan Agung PBB bersetuju untuk mengambil tindakan bagi mencapai penyelesaian dua negara untuk konflik Israel-Palestin dan menganjurkan persidangan peringkat tinggi bagi melaksanakan resolusi serta membina keamanan yang berkekalan, adil, dan menyeluruh di Timur Tengah, lapor Anadolu.

Related Posts

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

NEW DELHI – Hubungan Malaysia-Rusia diperkukuh dengan beberapa kerjasama bagi merancakkan sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Rusia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian setelah pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan