BN tekad jadi lebih dominan menjelang PRU16 – Ahmad Zahid

BUTTERWORTH – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertekad untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti yang dominan dan memberi sumbangan yang lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Menurut beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri itu, BN berhasrat untuk meraih lebih banyak kerusi di Parlimen dan bukan sekadar 30 kerusi sahaja demi memastikan sumbangan yang lebih besar pada PRU16 nanti.

“Walaupun kami kini bekerjasama dengan parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan, itu tidak bermakna kami akan mengundur diri atau sekadar menjadi ‘melukut di tepi gantang’.

“Yang penting adalah menguatkan perpaduan dalam parti, memperkukuhkan jentera, dan mendekati rakyat di akar umbi,” ujarnya.

Beliau berucap sedemikian ketika merasmikan Konvensyen BN Pulau Pinang di Pusat Konvensyen, Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa (PICCA) pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau yakin bahawa dengan menjaga kebajikan dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi, BN dapat meraih kembali kerusi yang telah hilang.

“Insya-Allah, rakyat sangat merindui BN untuk menjadi dominan semula, bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di seluruh negara. Namun, kita tidak boleh terlalu selesa dengan sokongan yang ada, sokongan tersebut mesti diterjemahkan dengan tindakan mendekati rakyat,” tambahnya.

Ahmad Zahid turut menasihati pemimpin dan ahli BN agar tidak mengambil jalan mudah dengan meninggalkan parti sekiranya merasakan waktu mereka sudah hampir berakhir.

Menurutnya kunci perjuangan BN terletak pada maruah dan integriti ahlinya, walaupun waktu seseorang pemimpin dan ahli itu sudah hampir tamat, mencari jalan ‘keluar’ dari parti bukanlah caranya.

“Jangan merasakan apabila masa anda hampir tamat, anda mencari pintu dan lubang untuk melarikan diri, jika seseorang itu setia kepada parti, parti akan mengetahuinya,” ujar beliau ketika merasmikan Konvensyen BN Pulau Pinang di Pusat Konvensyen, Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa (PICCA) pada Ahad.

Beliau juga mengingatkan agar pemimpin dan ahli BN tidak menggunakan platform terbuka seperti media atau media sosial untuk menyuarakan ketidakpuasan atau masalah mengenai parti dan Kerajaan Perpaduan, sebaliknya menyalurkan terus kepadanya atau pemimpin lain untuk penyelesaian yang lebih baik.

“Walaupun masalah itu kecil, jika ia sampai kepada kepimpinan, Insya-Allah kami akan menyelesaikannya dengan cara terbaik, tanpa mencetuskan masalah lebih besar. Ini adalah semangat BN dan Kerajaan Perpaduan.

“Tahun depan adalah tahun pengukuhan dan kita perlu bekerja keras untuk mengukuhkan kerajaan. Pengukuhan ini penting kerana kita tidak mahu masalah kecil, masalah pendapat daripada individu-individu yang bersuara di media sosial yang bertulis dan bercakap di pentas-pentas menuding jari kepada rakan-rakan.

“Cukup-cukuplah, pada tahun pengukuhan saya ingin memberitahu diri saya dan rakan-rakan janganlah bercakap secara terbuka, kita ingatkan juga kawan-kawan yang lain dalam parti lain jika ada masalah jumpa dengan pemimpin, jumpa kami,” katanya.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET