ATB 2 berjaya gagalkan cubaan seludup petrol lebih RM79,000

SEMPORNA – Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2 berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak petrol bernilai lebih RM79,000 menggunakan bot jongkong di perairan Pulau Bum Bum, Semporna, Sabtu lepas.

Panglima ATB 2, Brigedier Jeneral Wan Edenin Wan Mahsin berkata, dalam kejadian pukul 8.50 malam itu, enam awak-awak warganegara Filipina tanpa sebarang dokumen pengenalan diri turut ditahan.

“Pasukan Quick Reaction Force (QRF) dari 11 Rejimen Gerak Khas sebelum itu mengesan dua bot jongkong yang mencurigakan kerana tidak menggunakan lampu ketika berada di perairan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut menemui 415 tong minyak berisi petrol dengan keseluruhan sebanyak 10,375 liter, empat tong kosong dan satu tong gas,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Wan Edenin berkata, turut dirampas dua buah bot jongkong serta empat unit enjin sangkut dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM79,268.75.

“Awak-awak bersama bot dan barangan rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau turut menzahirkan tahniah kepada anggota Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) ATB 2 dan Tim QRF atas kejayaan ini dan mengingatkan warga ATB 2 terus mengekalkan kesiapsiagaan operasi pada tahap tertinggi bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terjaga.

Related Posts

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

MIRI – Lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut menerima manfaat menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Mata Pelajar Secara Percuma bagi mengesan masalah penglihatan pada peringkat awal. Inisiatif tersebut bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

MIRI – Penganjuran Majlis Makan Malam Ngiling Bidai Gawai 2026 Daerah Subis menjadi platform strategik menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi memperkukuh perpaduan dan semangat kebersamaan. Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Majlis Ngiling Bidai Subis himpun pelbagai kaum, terus pelihara aset perpaduan

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Mualaf Orang Asli Pahang dilatih berdikari melalui lima teras

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

Subsidi BUDI Diesel legakan beban rakyat, catat lebih 80,000 transaksi awal

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

BN mungkin hilang kuasa mutlak selepas PRN Johor

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi

Dedah bahaya dadah seawal sekolah rendah, putus rantaian akar umbi