56,294 hantaran berunsur penipuan berjaya diturunkan MCMC

SIBU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menurunkan 56,294 hantaran yang mengandungi unsur penipuan dalam talian.

Pencapaian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MCMC dalam menangani isu penipuan dalam talian yang semakin membimbangkan dan memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kebanyakan hantaran yang mengandungi elemen yang berunsurkan penipuan ditemui di platform media sosial terbesar iaitu Facebook.

Beliau turut mendedahkan kerugian akibat penipuan dalam talian mencatatkan jumlah yang amat besar iaitu RM1.2 bilion pada tahun ini.

Pada tahun 2022, MCMC berjaya menurunkan hanya 242 hantaran yang mengandungi unsur penipuan dalam talian. Namun, angka ini meningkat dengan ketara pada tahun 2023 kepada 6,297 hantaran dan pada tahun 2024 jumlahnya melonjak kepada 56,294 hantaran,” ujar Teo ketika sidang media selepas sesi Temu Bual Khas bersama SibuFM di Jabatan Penyiaran (RTM) Sibu.

Pada masa yang sama, beliau juga menyatakan bahawa pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia di Parlimen bersama dengan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian 2024 diharap dapat memberi impak yang positif dalam meningkatkan kesedaran awam agar masyarakat lebih berhati-hati dan tidak terjebak menjadi mangsa penipuan.

Selain itu, Teo turut menjelaskan bahawa jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi terus mempergiatkan usaha bagi menangani isu penipuan dalam talian dan buli siber yang semakin berleluasa ini.

Turut hadir Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Azhan Wan Hamat; Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Zaini Morshidi serta wakil jabatan dan agensi kementerian.

Related Posts

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

MARAN – Usaha membangunkan kawasan luar bandar tidak boleh hanya membabitkan aspek infrastruktur dan bantuan, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh sepertimana dilakar melalui Agenda Ekonomi Desa Nasional. Timbalan Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

KOTA KINABALU – Pembedahan pemisahan pasangan kembar siam jenis Pygopagus berjaya dilaksanakan buat pertama kali di Sabah, sekali gus membuka lembaran baharu dalam rawatan pembedahan pediatrik berisiko tinggi di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak  – Abdul Karim

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tayangan skrin besar Piala Dunia FIFA 2026 di Tawau, Kota Kinabalu – Nizam

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Guna pangkalan haram selepas cop pasport, lelaki Thailand ditahan

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

Pembedahan pisahkan kembar siam Pygopagus berjaya, bayi kini stabil

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu

Gagal kemuka dokumen sah, enam kru bot tunda ditahan di perairan Bintulu