Kastam rampas ganja, ketum bernilai RM95,400

KUALA PERLIS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan penyeludupan dadah jenis ganja dan daun ketum bernilai keseluruhan RM95,400 dalam dua operasi berasingan di kawasan pesisir pantai dan sungai di negeri ini.

Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, operasi pertama dijalankan pada 28 November lalu kira-kira jam 11.15 pagi di kawasan tambak pesisir pantai Bukit Putih, Kuala Perlis, menemui dua guni putih berisi 30 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja.

“Hasil pemeriksaan, bungkusan tersebut mengandungi kanabis seberat 30.01 kilogram (kg) dengan nilai anggaran RM93,000 di lokasi pada jarak 500 meter dari garisan sempadan.

“Bungkusan itu dipercayai diletakkan melalui jalan laut menggunakan sampan dan akan diambil oleh pihak lain untuk diseludup masuk ke Malaysia bagi pasaran Lembah Klang,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut beliau, dadah jenis ganja disenaraikan di bawah Bahagian 1, Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) akta yang sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, operasi kedua pada 11 Disember lalu kira-kira jam 12.15 tengah malam, pasukan sama berjaya menemui enam bungkusan plastik hitam mengandungi daun hijau disyaki daun ketum di tebing sungai Kampung Sungai Baru, Simpang Empat dekat sini.

“Sebanyak 60kg daun ketum bernilai RM2,400 ditemukan dalam serbuan tersebut. Daun ketum ini dipercayai akan diangkut menggunakan bot untuk dieksport ke Thailand,” jelasnya.

Katanya ketika serbuan terdapat kira-kira 10 orang suspek yang kemudiannya melarikan diri dengan menaiki bot ke arah laut dipercayai menuju ke Thailand.

“Jika sabit kesalahan, individu yang terlibat boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“JKDM akan terus memperketatkan rondaan di kawasan sempadan negara untuk membanteras aktiviti penyeludupan bahan terlarang,” ujarnya.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti