Projek LRT Pulau Pinang tidak akan dibatalkan

KERAJAAN Persekutuan memberi jaminan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang tidak akan berdepan risiko dibatalkan memandangkan proses pelaksanaan telah memasuki fasa penting dengan kontrak dianugerahkan kepada agensi pelaksana.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, projek itu hampir mustahil dibatalkan walaupun berlaku pertukaran kerajaan pada masa hadapan kerana tindakan sedemikian boleh menyebabkan kerajaan berdepan tindakan saman.

“Projek infrastruktur seperti LRT ini mempunyai beberapa peringkat, bermula daripada kelulusan dasar, pengesahan bajet, perolehan dan seterusnya pemberian kontrak apabila kontrak telah dianugerahkan, kerajaan sudah terikat secara komitmen dengan pihak swasta.

“Pembatalan mungkin hanya boleh dilakukan pada peringkat awal iaitu sebelum kontrak diberikan tapi bila keluar tender dan telah lantik (kontraktor) selalunya tak boleh ‘reverse’, sebab kalau batal maka kerajaan boleh kena saman,” katanya pada sesi jawab program Madani Mendengar di Bayan Lepas, Pulau Pinang, hari ini.

Rafizi turut yakin bahawa kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal mentadbir negara sehingga tamat penggal dan pada ketika itu segala proses berkaitan projek itu dijangka sudah selesai.

Beliau menegaskan, sekiranya berlaku pertukaran kerajaan pada masa hadapan, situasi yang mungkin berlaku atau dihadapi adalah peningkatan kos dan kelewatan dalam aspek pelaksaaan dan bukannya pembatalan projek kerana ia bukan satu tugas mudah untuk dilaksanakan.

Related Posts

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

PUTRAJAYA – Taktik licik sindiket penipuan dalam talian antarabangsa menjadikan sebuah pusat peranginan di Sungai Lembing, Pahang yang ditutup sejak tahun lalu sebagai pusat panggilan terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tambang ECRL ditetapkan mampu milik, tiket dijangka dijual November

Tambang ECRL ditetapkan mampu milik, tiket dijangka dijual November

Kenaikan gaji minimum tidak boleh dijadikan penyelesaian tunggal isu pendapatan rakyat

Kenaikan gaji minimum tidak boleh dijadikan penyelesaian tunggal isu pendapatan rakyat

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0